Halaman

Khazanah Pantun Melayu Riau karya Tenas Effendy

Khazanah Pantun Melayu Riau karya Tenas Effendy
Pantun Melayu Riau, berkasih sayang
Walau bulan tidak mengambang,
Pelita kami tetap menyala;
Walaupun tuan tidak memandang,
Cinta dihati tetap membara.
Pantun Melayu Riau, kasih berkenalan
Tiang rumah kayu meranti ,
Baik diukur agak sedepa;
Abang sudah malu menanti ,
Adik ditegur tidak menyapa.
Suku kata: 9-10-9-10, Pangkal: an-ti-an-ti, Tengah: ah-ur-ah-ur
Pantun Melayu Riau, kasih nasihat sindiran
Tengok-tengok menarik jaring,
Kerana jaring talinya panjang;
Elok-eloklah adik menjeling,
Kerana dijeling hatiku bimbang.
Suku kata: 9--10-10-11, Pangkal: an-ng-an-ng, Tengah: ik-ng-ik-ng

Pantun Melayu Riau, Kasih merisik
Yakin berladang banyaklah padi,
Hidup senang ternakpun banyak;
Makinku pandang rusaklah hati,
Hendak meminang takut ditolak.
Khazanah Pantun Melayu Riau karya Tenas Effendy
Pantun Melayu Riau, berkasih
Walaupun kolek hanyut ke pulau,
Kajang dipapas hingga petang;
Walaupun adik di mulut harimau,
Akan ku rampas kubawa pulang.
Pantun Melayu Riau, kasih berkasih sayang
Yang ke hulu biar ke hulu,
Siapa datang kita dulukan;
Yang dah lalu biar berlalu,
Cinta sekarang kita padukan.
Pantun Melayu Riau
Walaupun tali sudah dikerat,
Kerana lebih disambung juga;
Walaupun hati terasa berat,
Kerana kasih disanjung juga.
pantun-melayu-riau-tenas-effendy
Pantun Melayu Riau ini dipetik dari Khazanah Pantun Melayu Riau diterbitkan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada tahun 2007 karya Tenas Effendy.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan