Koleksi Pantun Merisik Pilihan

  • Bukan rapat sebarang rapat,
    Dari jauh melangkah selari;
    Silakan ya qadial hajat,
    Luahan hajat kita dengari.
     Pantun dijual oleh dinie (Aug 16, 2010).
  • Hajat bukan sebarang hajat,
    Hajat ingin menyunting si puteri;
    Jika tepat kata sepakat,
    Cincin tanda sarungkanlah ke jari.
     Pantun dibeli oleh fishydaar (Aug 17, 2010).
  • Kelapa parut dibuat kerisik,
    Kerisik ditimbang berkati-kati;
    Hajat menggunung ingin merisik,
    Merisik si gadis pujaan hati.
  • Berbudi tinggi Melayu Rawa,
    Pemuda pemudi jadi harapan;
    Sirih junjung telah kubawa,
    Menunggu adinda beri jawapan.
  • Bersyair merdu seorang biduan,
    Biduan kelana dari Parsi;
    Ingin ditanya gerangan tuan,
    Dalam hati sudahkah terisi.
     Pantun oleh haydenPenatnyer (Sep 21, 2010).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian (Disclaimer)

Segala penulisan, pantun & gambar yang disiarkan adalah nukilan & buah fikiran penulis sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak berkepentingan. Penulis tidak mempunyai niat untuk memburuk-burukkan mana-mana pihak sama ada yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Sekiranya terdapat kesamaan di mana-mana bahagian blog ini, penulis memohon kemaafan kerana ia tidak disengajakan.

Sekian, terima kasih. Pantun Melayu — Yang Indah itu Bahasa (cc) 2008 - 2013