Himpunan Koleksi Pantun Menyambut Tahun Baru

Pantun Tahun Baru, 2000 — RIMA

pantun melayu tahun baru

Petikan dari Radio Irama Melayu Asli

Pohon gaharu tak boleh dimakan,
Pokok cemara tumbuh di taman;
Selamat Tahun Baru kami ucapkan,
Kepada saudara pendengar budiman.
Dimasak taucu ikan cencaru,
Harum berbau dicampur keju;
Selamat tahun baru alaf baru,
Tahun 2000 bertambah maju.

Pantun Tahun Baru, 2006 — Madulara

Petikan dari Pantun Dondang Sayang Seni Tradisi Negeri Melaka, di terbitkan oleh Kementerian Kebudayan, Kesenian dan Warisan Malaysia

Kayu gelam dibuat tungkat,
Orang berjalan sebelah hulu;
Kukirim salam jauh dan dekat,
Selamat menyambut tahun baru

Pantun Tahun Baru, 2006 — Abdul Halim 'R' & Mohdammad Hj Salleh

Petikan dari Setaman Pantun Kenangan, di terbitkan oleh Penerbit Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

Ke desa hulu mencari pandan,
Jalan merempuh pepohon ru;
Masa berlalu jadi teladan,
Dalam menempuh tahun baru.
Cuaca gemilang nun membiru,
Malam purnama gemerlap bintang;
Bila menjelang tahun baru,
Azam lama digilap ditatang.
Dari barat pergi ke hulu,
Membawa bayam penuh sesampan;
Tercicir hasrat tahun berlalu,
Apakah azam tahun hadapan?
Angin menderu di Danau Toba,
Terbang gagak hinggap di tebat;
Tahun baru menjelang tiba,
Apakah tertunggak hutang ibadat?
Buah papaya buah kuini,
Buah duku mari diikat;
Azam saya pada tahun ini,
Hendak meluku murid yang jahat

Pantun Tahun Baru, 2007 — Prof Tan Sri Dato' Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin

Petikan dari SENADA - Berita Universiti Kebangsaan Malaysia Bil 30, Universiti Kebangsaan Malaysia

Tahun baru membuka lembaran ,
Pelbagai peluang diabai jangan;
Azam baru menjadi panas berdebaran,
Agar kita mencapai kejayaan.

Pantun Tahun Baru, 2012 — Nuar H

Gubahan dari Setaman Pantun Kenangan, Abdul Halim 'R'

Daun palas jatuh ke riba,
Layu berguguran di angin deru;
2012 menjelang tiba,
Menanti cabaran di alaf baru.
Air perigi tidak tertimba,
Hujan lebat di tengahari;
2012 menjelang tiba,
Azam yang lepas tertangguh lagi.
Deras arus boleh ditongkah,
Hanyut perahu membawa guni;
Andai azam masih tertangguh,
Ayoh, laksana ditahun ini.
Pantun ↑ dibeli oleh pada 5 Jan 2012 10:48pm.
Andai azam masih tertangguh,
Ayoh — laksana di tahun ini;
Sudah karam lagi terjatuh,
Bangun semula tegak berdiri.
Pantun ↑ dibeli oleh pada 5 Jan 2012 11:01pm.
Bina perahu si batang getah,
Agar tidak perlu bangun semula;
Andai takut karam dan jatuh,
Usaha dan doa jangan di lupa.
Pantun ↑ dibeli oleh pada 5 Jan 2012 11:17pm.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian (Disclaimer)

Segala penulisan, pantun & gambar yang disiarkan adalah nukilan & buah fikiran penulis sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak berkepentingan. Penulis tidak mempunyai niat untuk memburuk-burukkan mana-mana pihak sama ada yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Sekiranya terdapat kesamaan di mana-mana bahagian blog ini, penulis memohon kemaafan kerana ia tidak disengajakan.

Sekian, terima kasih. Pantun Melayu — Yang Indah itu Bahasa (cc) 2008 - 2013