- Nasi kandaq kedai mamak,
Anak mami juai pesemboq;
Lepas raya usah dok triak,
Kalu ceti mai ikut dapoq.
Pantun Loghat Penang dijual oleh voodoo (Oct 7 2007, 02:53). - Anak mami juai pesemboq
pasemboq sedap ada di penang
Kalu ceti mai ikut dapoq
lagu lah lintang pukang
Pantun dibeli oleh iznanaziz (Oct 18 2007, 11:36). - Aloq Staq terketaq-ketaq,
Lapaq perut makan pau;
Macam mana tak ketaq,
Kena paksa bagi angpau.
Pantun Loghat Kedah dijual oleh voodoo (Oct 7 2007, 02:53). - Lapaq perut makan pau,
Pau dibeli inti kacang;
Kena paksa bagi angpau,
Dah bagi singgit naik tocang.
Pantun dibeli oleh iznanaziz (Oct 18 2007, 11:08).
Sejuta Pantun Melayu - Di mana orang berkampung disana pantun bersambung. Di mana ada nikah kahwin disana pantun dijalin. Di mana orang berunding di sana pantun bergandeng. Di mana orang bermuafakat di sana pantun diangkat. Di mana ada adat dibilang, di sana pantun diulang. Di mana adat di bahas di sana pantun dilepas.
Pantun Kenegerian Loghat Penang & Kedah
Permalink:
Penafian (Disclaimer)
Segala penulisan, pantun & gambar yang disiarkan adalah nukilan & buah fikiran penulis sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak berkepentingan. Penulis tidak mempunyai niat untuk memburuk-burukkan mana-mana pihak sama ada yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Sekiranya terdapat kesamaan di mana-mana bahagian blog ini, penulis memohon kemaafan kerana ia tidak disengajakan.
Sekian, terima kasih. Pantun Melayu — Yang Indah itu Bahasa (cc) 2008 - 2013