- Pergi ke kebun membuang duri,
Bawa bekal rendang ketupat;
Kalau bangun meninggi hari,
Usah di kesal hidup merempat.
Pantun Nasihat dijual oleh al-lavendari (Jul 27, 2011 06:34). - Pergi ke kebun membuang duri,
Bawa bekal rendang ketupat;
Kalau dah bangun meninggi hari,
Belum mandi dah sampai ke pejabat!
Pantun dibeli & dijual oleh Kakcik (Jul 27, 2010 06:56). - Pergi ke kebun membuang duri,
Bawa bekal rendang ketupat;
Kalau ke pejabat belumlah mandi,
Ramailah nanti yang sakit tenat.
Pantun kakcik dibeli oleh al-lavendari (Jul 27, 2011 07:32). - Pergi ke kebun punggut durian,
Punggut durian terkena duri;
Memang nasib setiap insan,
Tidak semua sempurna diri.
Pantun dari al-lavendari dibeli oleh sayangsayangibu (Jul 29, 2011 01:50). - Pergi ke kebun membuang duri,
Masuk ke raga beralas batu;
Kita ubah nasib sendiri,
Barulah Dia akan membantu.
Pantun sayangsayangibu dibeli oleh al-lavendari (Jul 31, 2011 10:00).
Sejuta Pantun Melayu - Di mana orang berkampung disana pantun bersambung. Di mana ada nikah kahwin disana pantun dijalin. Di mana orang berunding di sana pantun bergandeng. Di mana orang bermuafakat di sana pantun diangkat. Di mana ada adat dibilang, di sana pantun diulang. Di mana adat di bahas di sana pantun dilepas.
Pantun Nasihat Pilihan Jangan Bangun Lewat
Permalink:
Penafian (Disclaimer)
Segala penulisan, pantun & gambar yang disiarkan adalah nukilan & buah fikiran penulis sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak berkepentingan. Penulis tidak mempunyai niat untuk memburuk-burukkan mana-mana pihak sama ada yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Sekiranya terdapat kesamaan di mana-mana bahagian blog ini, penulis memohon kemaafan kerana ia tidak disengajakan.
Sekian, terima kasih. Pantun Melayu — Yang Indah itu Bahasa (cc) 2008 - 2013