Pantun Teka-Teki Warisan

pantun teka-teki, malay riddles
Pantun Teka-teki
Kalau tuan pergi ke hutan,
Bawalah bersama parang sebilah;
Kalau pandai tekalah tuan,
Anak raja mandi tak basah.
Pantun Teka-teki
Kelip-kelip kusangka api,
Anak kerbau mati terjalar;
Tut! Tut! Tut! Ia berbunyi,
Badannya panjang umpama ular.
Pantun Teka-teki
Anak kerbau mati terjalar,
Anak kerbau yang sangat malang;
Badannya panjang umpama ular,
Keretapi ramai penumpang.
— Pantun Teka-teki dibeli oleh iznanaziz pada Apr 17 2006, 12:29.
Pantun Teka-teki
Gendang gendut tali kecapi,
Ikan bakar ikan cencaru;
Tut! Tut! Tut! bunyi keretapi,
Dari Alor Setar ke Johor Bahru.
— Pantun Teka-teki dibeli oleh Jun Kazama pada Sep 12 2011, 22:03.
Pantun Teka-teki
Saya ini orang Sarawak,
Datang ke sini naik perahu;
Kalau tuan sungguh bijak,
Apa ikan yang mudik dulu?
Pantun Teka-teki
Saya pun orang dari Sarawak,
Datang naik kapal "Seludu";
Kalau tuan sungguh memintak,
Kepala ikanlah yang mudik dulu.

Pantun Teka-teki
Kalau tuan pandai mengukir,
Ukirkan saya selendang mayang;
Wahai kawan cubalah fikir,
Apa binatang hidungnya panjang?
Pantun Teka-teki
Banyak-banyak tempat berangin,
Tidak melawan bukit perajah;
Jangan awak nak buat main,
Itu bernama binatang gajah.
Pantun Teka-teki
Kalau tuan menunggang keldai,
Carilah padang berumput jarang;
Kalau tuan orang yang pandai,
Apa binatangnya disebut "orang"?
Pantun Teka-teki
Kalau tuan pergi ke kedai,
Belikan saya si gula batu;
Kalau tuan orang yang pandai,
Apa binatang tulangnya satu?
Pantun Teka-teki
Makan makjun di pohon sena,
Duduk bertapa di celah batu;
Wahai cik Jun bijak laksana,
Binatang apa tulangnya satu?
— Pantun Teka-teki dijual oleh Nuar Haruha pada Sep 12, 2011 17:40.
Pantun Teka-teki
Makan makjun di pohon sena,
Beli sepatu di kedai nyonya;
Cik Jun memang bijaksana,
Tulang satu sotong jawabnya.
— Pantun Teka-teki dibeli oleh Jun Kazama pada Sep 12, 2011 17:55.
Pantun Teka-teki
Menjemur kain di dalam dawai,
Kain dibuat dari selendang;
Kalau tuan orang yang pandai,
Buah apakah bertandan-tandan?.
Pantun Teka-teki
Kalau tuan pergi ke pasar,
Saya berkirim membeli rebung;
Kalau tuan orang yang pintar,
Apa binatang tanduk di hidung?
Pantun Teka-teki
Anak cina bawa perahu,
Isi dimuat buah cempedak;
Jangan tuan tidaklah tahu,
Bertanduk di hidung itulah badak.
Pantun Teka-teki
Kalau tuan muda teruna,
Pakai seluar dengan gayanya;
Kalau tuan bijak laksana,
Biji di luar apa buahnya?
Pantun Teka-teki
Kalau tuan pergi beraya,
Jangan lupa pakai seluar;
Dengar ini jawapan saya,
Buah gajus — biji di luar.
— Pantun Teka-teki dibeli oleh Nuar Haruha pada Sep 12, 2011 17:20.
Pantun Teka-teki
Ti perkara ti,
Anak tiang kalau-kalau;
Banyak besi perkara besi,
Besi apa yang tiada malau?
Pantun Teka-teki
Kalau tuan menjadi bilal,
Hendaklah sembahyang ikut masanya;
Kalau tuan orang handal,
Air apa keras mulanya?
Pantun Teka-teki
Hendaklah sembahyang ikut waktunya,
Ikut masa tepati janji;
Air apa keras mulanya,
Air batu sudah dikaji.
— Pantun Teka-teki dibeli oleh iznanaziz pada Apr 17 2006, 12:29.
Pantun Teka-teki
Sang kancil memanggil tekukur,
Kerana gusar melihat helang;
Pada masa kecil ia berekor,
Setelah besar ekornya hilang?
Pantun Teka-teki
Tanjung Rambutan tanahnya landai,
Tempat bertanam padi pulut;
Kalau tuan sungguhnya pandai,
Apa binatang berkeris di mulut?
Pantun Teka-teki
Orang Sunda ke Pulau Barus,
Sarat perahunya bermuat kopi;
Apakah benda badannya kurus,
Digenyeh kepala terbitlah api.
Pantun Teka-teki
Walau dibungkus bukan kiriman,
Sudah takdir Tuhan yang satu;
Meski ditanam bukan tanaman,
Cubalah teka apakah itu?.
Pantun Teka-teki
Matanya tajam banyak gigi,
Memakan kayu, besi dan papan;
Jika tidak digunakan lagi,
Di tempat selamat ia disimpan.
Pantun Teka-teki
Kalau tuan pergi ke gerai,
Belikan saya sarung kaki;
Kalau tuan orang yang pandai,
Binatang apa tidak berkaki?
Pantun Teka-teki
Pada saya anda beri,
Satu teka teki pembuka bicara;
Apakah binatang yang tiada berkaki,
saya rasa ular jawapnya.
— Pantun Teka-teki dibeli oleh iznanaziz pada Apr 10 2006, 02:46.
Pantun Teka-teki
Kalau tuan pergi ke kedai,
Belikan saya sekati sagu;
Kalau tuan orang yang pandai,
Binatang apa tanduknya satu?

Pantun di petik dari Teka-Teki Warisan di terbitkan oleh Teks Publishing, Kuala Lumpur pada tahun 1998 karya Prof. Madya Hj Inon Shaharuddin Abd. Rahman.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian (Disclaimer)

Segala penulisan, pantun & gambar yang disiarkan adalah nukilan & buah fikiran penulis sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak berkepentingan. Penulis tidak mempunyai niat untuk memburuk-burukkan mana-mana pihak sama ada yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Sekiranya terdapat kesamaan di mana-mana bahagian blog ini, penulis memohon kemaafan kerana ia tidak disengajakan.

Sekian, terima kasih. Pantun Melayu — Yang Indah itu Bahasa (cc) 2008 - 2013