Pantun Melayu 20 kerat Nasihat & Tauladan karya Tenas Effendy

pantun-melayu-20-kerat-dakwah-nasihat-tauladan
Pantun Nasihat & Tauladan Melayu Riau
Di dalamnya sarat dengan pengingat,
Mengingatkan kepada semua umat,
Supaya jangan berbuat jahat,
Supaya jangan mendekati maksiat,
Supaya jangan dengki khianat,
Supaya jangan umpat mengumpat,
Supaya jangan cacat mencacat,
Supaya jangan hambat menghambat,
Supaya jangan melupakan akhirat,
Supaya jangan meninggalkan ibadat,
Supaya jangan hasud dan hasad,
Supaya jangan membuangkan adat,
Supaya jangan membuang tabiat,
Supaya jangan membuang sifat,
Supaya jangan membuang rahmat,
Supaya jangan menbuang syariat,
Supaya jangan membuang makrifat,
Supaya jangan membuang martabat,
Supaya manusia hidup selamat,
Sejahtera di dunia, sentosa di akhirat.
Tenas Effendy
Pantun Melayu Riau Nasihat dan Tauladan ini dipetik dari Khazanah Pantun Melayu Riau diterbitkan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada tahun 2007 karya Tenas Effendy.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian (Disclaimer)

Segala penulisan, pantun & gambar yang disiarkan adalah nukilan & buah fikiran penulis sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak berkepentingan. Penulis tidak mempunyai niat untuk memburuk-burukkan mana-mana pihak sama ada yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Sekiranya terdapat kesamaan di mana-mana bahagian blog ini, penulis memohon kemaafan kerana ia tidak disengajakan.

Sekian, terima kasih. Pantun Melayu — Yang Indah itu Bahasa (cc) 2008 - 2013