Pantun Seloka Sindiran Karya Kakcik Seroja

pantun melayu sindiran mulut muncung kakcik seroja, images by google

Cong mak incong, Adik kakak;
Mulut muncung, Mata tegak.
— Inon Shaharuddin Abd Rahman, Teka-teki Warisan, (1988), Kuala Lumpur.

Muncung membawa berbagai maksud dan persoalan. Secara umum, ekspresi memuncung mulut menggambarkan kemurungan dan ketidak puas hati seseorang terhadap sesuatu — yang mungkin tidak dapat di luahkan.

Pantun sindiran nukilan kakcik seroja berikut merungkai serba sedikit sentimen disebaliknya.

Pantun Sindiran, 2011 — Kakcik Seroja

Buluh dipotong dibuat rencong,
Tidak sesuai menikam jerung;
Ada orang suka muncung-muncung,
Walaupun sedar hidungnya tak mancung.
Pergi ke Puchong membeli arang,
Hendak membakar udang dan ketam;
Muncung-muncung memandang orang,
Sedangkan orang haram tak faham.

Jangan dipancung sipokok jering,
Biarkan betik naik selari;
Mulut memuncung mata menjeling,
Bagaikan tercekik si tulang pari.
Duduk di anjung makan kuaci,
Sarung kuaci tersangkut di bahu;
Muncung-muncung kononnya benci,
Tapi yang dibenci sikit tak tahu.
pantun-melayu-kakcik-seroja

Pantun sindiran ini sumbangan oleh dari blog beliau, dalam entri Masalah & Muncung, pada Disember, 2011.

Copyright 2011 © kakcik seroja.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian (Disclaimer)

Segala penulisan, pantun & gambar yang disiarkan adalah nukilan & buah fikiran penulis sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak berkepentingan. Penulis tidak mempunyai niat untuk memburuk-burukkan mana-mana pihak sama ada yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Sekiranya terdapat kesamaan di mana-mana bahagian blog ini, penulis memohon kemaafan kerana ia tidak disengajakan.

Sekian, terima kasih. Pantun Melayu — Yang Indah itu Bahasa (cc) 2008 - 2013