Pantun Menyambut Tetamu

pantun singapura - selamat datang, pantun menyambut tetamu
Pantun Pantun Selamat Datang
Buanglah rokok buang selama,
Sirih adat tinggal-tinggalan;
Bismillahirrahmanirrahim ucapan utama,
Selamat datang ucapan susulan.
Pantun Pantun Selamat Datang
Mangga pauh dari permatang,
Disirat dengan akar beluru;
Dari jauh tentuan datang,
Mendoa restui pengantin baru.
Pantun Pantun Selamat Datang
Ayam selasih di permatang,
Ayam denak hidup di hutan;
Terima kasih tentuan datang,
Budimu kekal dalam ingatan.
Pantun ini dipetik dari Majlis Bahasa Melayu Singapura, (Angkatan Sasterawan 50, Singapura) karya Muhammad Arif Ahmad (Mas) pada tahun 2003.

Komen (4)

Sedang dimuatkan... Sedang log masukkan anda...
  • Log masuk sebagai
Bunga butang si bunga pekan,
Petik seraga jual di kedai;
Selamat datang kami ucapkan,
Kaum keluarga dan sahabat handai.
Berhenti rokok Baik selama,
Supaya kesihatan terus berkekalan;
Bismillahirrahmanirrahim ucapan utama,
Salam di hulur tanda perkenalan.

Ps : Ingatkan Tehr je yang bijak berpantun rupa nya ada lagi yang setanding :D
My recent post Masalah Diabetes – Belanja besar rawat diabetes
1 jawab balas · aktif 707 minggu tadi
Mencari umbut dipohon rumbia,
Buat bekalan dagang petani;
Salam ku sambut dengan ceria,
Buat kenalan di persada seni.
hidang bukan sebarang hidang
hidangan untuk semua tetamu
datang bukan sebarang datang
datang bersama pengantin baru
My recent post Si Mencit

Kemukakan komen baru

Comments by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian (Disclaimer)

Segala penulisan, pantun & gambar yang disiarkan adalah nukilan & buah fikiran penulis sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak berkepentingan. Penulis tidak mempunyai niat untuk memburuk-burukkan mana-mana pihak sama ada yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Sekiranya terdapat kesamaan di mana-mana bahagian blog ini, penulis memohon kemaafan kerana ia tidak disengajakan.

Sekian, terima kasih. Pantun Melayu — Yang Indah itu Bahasa (cc) 2008 - 2013