Memaparkan catatan dengan label pantun jenaka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pantun jenaka. Papar semua catatan

Dua tiga kucing berlari karya al-lavendari

pantun-melayu-dua-tiga-kucing-berlari

Pantun "Dua tiga kucing berlari" amat di kenali di kalangan masyarakat kaum Melayu nusantara di Indonesia, Malaysia dan Singapura.

Malah ia telah popularkan dalam nyanyian rakyat yang digubah dari pantun Melayu dalam nyanyian lagu Dondang sayang dan Rasa sayang.

Pantun Melayu
Dua tiga kucing berlari,
Manalah sama si kucing belang;
Dua tiga boleh dicari,
Manalah sama adik seorang
Puisi Melayu Lama: Pantun Dan Syair, Sastera Bahasa Pendidikan (Sasbadi Sdn. Bhd) himpunan koleksi oleh Mohd. Tajuddin Hj. Abdul Rahman & Othman Puteh, 1990.
Suku kata: 8-10-8-10, Pangkal: ri-ng-ri-ng, Tengah: ga-ma-ga-ma

Dua tiga kucing berlari karya al-lavendari, 2009

pantun-melayu-dua-tiga-kucing-berlari-ikang

Pantun seloka berikut yang mempunyai pembayang yang sama telah digubah menggunakan bahasa Melayu pantai timur semenanjung.

Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang;
Patutlah pung bini mu benci,
Asyik berjalang, lupa nak makang.
Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang;
Patutlah pung kawang mu lari,
Badan mu habis berbau ikang.
Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang;
Mula-mula makang, macam tak sudi,
Bila dah makang, habis lima pinggang.
pantun-melayu-al-lavendari

Pantun seloka kenegerian ini sumbangan oleh saudara al-lavendari dari blog pantun beliau Puisi orang tak reti — Dua tiga kucing berlari.

Pantun Jenaka, Seloka Sindiran oleh Ali Majod

pantun jenaka
  • Anak Jawa pulang ke Jawa,
    Sampai di Jawa berjual ragi;
    Tuan ketawa saya ketawa,
    Sama-sama tak ada gigi.
  • Berjalan keluar si anak lokan,
    Sampai leka mencari ibunya;
    Mengapa kelawar orang tak Makan?
    Kerana orang hendakkan tahinya.

Pantun-pantun ini di petik dari buku Siri Koleksi Pantun Kanak-Kanak Bertema Pantun Jenaka oleh Ali Majod (Utusan Publications, 2006).

Pantun Jenaka Khadijah Hashim

pantun-seloka-seluar-compang-camping
  • Anak dara menyorok di loteng,
    Di loteng duduk berdandan;
    Seluar lusuh compang-camping,
    Fesyen remaja tanpa sempadan.
  • Terkehel minta diurut,
    Tinggi minta dicantas;
    Berlari dia tercorot,
    Makan dia terpantas.

Pantun Jenaka ini dipetik dari 1001 Pantun Baru oleh Khadijah Hashim

Pantun Seloka Sindiran - Yang Berhormat


  • Siakap Senohong,
    Gelama Ikan Duri;
    Bercakap bohong,
    Lama-lama jadi YB.
     Pantun Seloka ditweet oleh @nhnoah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian (Disclaimer)

Segala penulisan, pantun & gambar yang disiarkan adalah nukilan & buah fikiran penulis sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak berkepentingan. Penulis tidak mempunyai niat untuk memburuk-burukkan mana-mana pihak sama ada yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Sekiranya terdapat kesamaan di mana-mana bahagian blog ini, penulis memohon kemaafan kerana ia tidak disengajakan.

Sekian, terima kasih. Pantun Melayu — Yang Indah itu Bahasa (cc) 2008 - 2013