Memaparkan catatan dengan label pantun merisik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pantun merisik. Papar semua catatan

Berbalas pantun diantara Cahaya Utara & Pantun Melayu

pantun melayu berbalas pantun sindiran merisik tersenyum
Pantun Melayu merisik
Pucuk ubi disayur lemak,
Campur dg salai ikan;
Dinda cantik alahai mak,
Bilakah kami dinikahkan.
Pantun merisik dijual oleh pada Nov 2, 2011.
Pantun Melayu merisik
Kain Batik dibuat hantaran,
Ditepian tasik pembuka langkah;
Dinda cantik jadi ukuran,
Belum dirisik sudah nak menikah.
Pantun merisik dibeli oleh pada Nov 2, 2011.

Berbalas pantun di Twitter, tema Perkahwinan - Merisik.

Pantun Kasih Khazanah Warisan Pantun Melayu dari Manuskrip Schoemann

pantun-cinta-berkasih-sayang
Pantun Kasih
Imbangan burung imbangan,
Berpatuk padi di dalam sia;
Sedang burung ada pasangan,
Apa pula kita manusia
Pantun Kasih
Orang siam berkain siam,
Bersunting lagi bunga kecubung;
Orang diam dikata diam,
Seperti gunting tajam dihujung.
Pantun Kasih, Rindu-rinduan
Pisau raut peraut kalam,
Kalam berisi buah mengkudu;
Air di laut katanya dalam,
Lebih dalam hati yang rindu.

Setaman Pantun Kenangan Majlis Pertunangan & Perkahwinan

Setaman Pantun Kenangan
Pantun Majlis Pertunangan dan Perkahwinan, Setaman Pantun Kenangan
Pantun Nusantara
Masuk ke kota waktu malam,
Terbau harum bunga dahlia;
Bismillah kata pembuka kalam,
Assalamualaikum majlis mulia?
Pantun Pertunangan dan Perkahwinan
Daun nilam dibasuh bersih,
Lepas disejat menjelang petang;
Waalaikumussalam terima kasih,
Apa hajat rombongan yang datang?
Pantun Majlis Pertunangan dan Perkahwinan
Bawa jerami muatan sendat,
Singgah di beting tepian laman;
Datang kami kunjung beradat,
Ingin menyunting bunga di taman
Udara nyaman di subuh hari
Embun menitik di jala bersirat,
Lepas disejat menjelang petang;
Bunga di taman kembang berduri,
Hendak memetik harus bersyarat.
Pantun Majlis Pertunangan dan Perkahwinan
Buah pauh lebat di batang,
Mana nak sama buah kuini;
Dari jauh kami datang,
Menurut saja adat di sini.

Pantun Menyambut Tetamu

pantun singapura - selamat datang, pantun menyambut tetamu
Pantun Pantun Selamat Datang
Buanglah rokok buang selama,
Sirih adat tinggal-tinggalan;
Bismillahirrahmanirrahim ucapan utama,
Selamat datang ucapan susulan.
Pantun Pantun Selamat Datang
Mangga pauh dari permatang,
Disirat dengan akar beluru;
Dari jauh tentuan datang,
Mendoa restui pengantin baru.
Pantun Pantun Selamat Datang
Ayam selasih di permatang,
Ayam denak hidup di hutan;
Terima kasih tentuan datang,
Budimu kekal dalam ingatan.
Pantun ini dipetik dari Majlis Bahasa Melayu Singapura, (Angkatan Sasterawan 50, Singapura) karya Muhammad Arif Ahmad (Mas) pada tahun 2003.

Pantun Melayu Brunei

  • Bukan ikan sebarang ikan,
    Ikan belais pemutus tali;
    Bukan hitam sebarang hitam,
    Hitam manis pemutus hati.
  • Berhari-hari hujan di Ulu,
    Hanyut papan berkeping-keping;
    Sabar-sabar tuan dahulu,
    Bulan Syaban naik pengantin.
  • Rumah siapa di Tanjung Dato,
    Rumah Cik Ali tukang perahu;
    Anak siapa gerini itu,
    Rupanya kenal nama tak tahu.
  • Uduk-uduk Pulau Kuraman,
    Sana burung hinggap berhenti;
    Menjuluk bunga di taman,
    Belum dapat belum berhenti.

Pantun di petik dari Bicara Sastera oleh Sofian Ahmad

Pantun Berkasih Sayang - Kekecewaan

Pantun Berkasih Sayang - Kekecewaan
Terbang bayan menyisih palas,
Pinggir paya subur berangan;
Untung tuan kasih berbalas,
Kasihnya saya masih awangan.
Pantun Kasih
Pinggir paya subur berangan,
Hinggap kenari memayung perdu;
Kasihnya saya masih awangan,
Saban hari berteman sendu.
 Pantun Kasih dijual & dibeli oleh Nurul Azhari pada Okt 28, 2010.

Pantun terpilih kali ini dipetik dari Nurul Azahari. Bait-bait ayat bagi setiap baris pantun ini mempunyai pola rima yg sempurna dari penghujung baris, di tengah dan di pangkal. Suku kata dalam setiap baris juga amat serasi dan mantap. Pembayang maksud di petik dari keindahan alam mempunyai kesinambungan dengan isi (Kerenah manusia).

Koleksi Pantun Merisik Pilihan

  • Bukan rapat sebarang rapat,
    Dari jauh melangkah selari;
    Silakan ya qadial hajat,
    Luahan hajat kita dengari.
     Pantun dijual oleh dinie (Aug 16, 2010).
  • Hajat bukan sebarang hajat,
    Hajat ingin menyunting si puteri;
    Jika tepat kata sepakat,
    Cincin tanda sarungkanlah ke jari.
     Pantun dibeli oleh fishydaar (Aug 17, 2010).
  • Kelapa parut dibuat kerisik,
    Kerisik ditimbang berkati-kati;
    Hajat menggunung ingin merisik,
    Merisik si gadis pujaan hati.
  • Berbudi tinggi Melayu Rawa,
    Pemuda pemudi jadi harapan;
    Sirih junjung telah kubawa,
    Menunggu adinda beri jawapan.
  • Bersyair merdu seorang biduan,
    Biduan kelana dari Parsi;
    Ingin ditanya gerangan tuan,
    Dalam hati sudahkah terisi.
     Pantun oleh haydenPenatnyer (Sep 21, 2010).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian (Disclaimer)

Segala penulisan, pantun & gambar yang disiarkan adalah nukilan & buah fikiran penulis sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak berkepentingan. Penulis tidak mempunyai niat untuk memburuk-burukkan mana-mana pihak sama ada yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Sekiranya terdapat kesamaan di mana-mana bahagian blog ini, penulis memohon kemaafan kerana ia tidak disengajakan.

Sekian, terima kasih. Pantun Melayu — Yang Indah itu Bahasa (cc) 2008 - 2013