Memaparkan catatan dengan label jun kazama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jun kazama. Papar semua catatan

Pantun penutup tahun 2011 Yang Indah itu Bahasa

Bagi menutup tirai pentas Pantun Melayu di tahun ini setiap penulis dan penyumbang tetap diajukan soalan.

Secara peribadi, apa yang bermain di fikiran anda sepanjang tahun ini?

Syarat

  • Tidak lebih dari delapan sukukata.
  • Setiap baris kata awal bermula dengan perkataan "Yang".
  • Rima pangkal U-N-U-N.
  • Tema ironi kehidupan dan realiti.
  • Bersertakan huraian pendek, padat dan tiada unsur politik.

Pantun Melayu, 2011 — Nuar H.

Yang sedetik berlalu,
Yang setapak kehadapan,
Yang berhenti kaku,
Yang melangkah kedukaan.
"Umur; setiap saat ia bergerak - tidak akan berhenti, di saat ia berhenti -- berakhirlah satu kehidupan."—
Suku kata: 7-8-6-8, Pangkal: lu-an-ku-an, Tengah: ik-ak-ti-ah

Pantun Berkasih Sayang Moga Cinta Kekal Abadi

pantun-cinta-kasih-sayang
Pantun Melayu Berkasih sayang
Naik pedati luar kota,
Sekam jerami mengikat padi;
Dalam hati ada cinta,
Semoga bersemi kekal abadi.
— Pantun dijual oleh Jun Kazama pada Oct 30, 2011.
Beraga jerami mencekal padi,
Kalungan selasih bunga melati;
Semoga bersemi kekal abadi,
Junjungan kasih cinta sejati.
— Pantun dibeli oleh Nuar Haruha pada Oct 30, 2011.

Pantun Selamat Malam Sayang

pantun-selamat-malam-selamat-tidur-sayang
Pantun Melayu ucapan selamat malam
Membeli candu di pelabuhan,
Berkebaya sulam gadis idaman;
Sayang rindu kala berjauhan,
Selamat malam kanda budiman
— Pantun dijual oleh Jun Kazama pada Oct 30, 2011.
Dari Selayang berkerusi roda,
Abang Salam menjual icecreams;
Sambut sayang buat adinda,
Selamat malam and sweet dreams.
— Pantun dibeli oleh Nuar Haruha pada Oct 30, 2011.

Pantun Berkenalan Bersenda Gurauan

pantun berkenalan, perkenalan
"Dengar ye saudari, sy nak jual" ~ Nuar H.
Buah beringin masak labu,
Dari sarawak ke kota lama;
Saya ni teringin lah nak tahu,
Nenek awak siapa nama?
 Pantun perkenalan dijual oleh Nuar Haruha (Jul 9, 2011 - 00:40).
Anak Cina pergi menjala,
Menjala dengan anak Nyonya;
Kalau En. Nuar nak tahu jawabannya,
Nenek ku Salmah Ibrahim namanya.
— Pantun dibeli oleh Jun Kazama (Jul 9, 2011 - 00:57).
"Fuhh lega.. tp ok ke ko? huhuhu lame kn tgu sori" ~Jun.
Makan roti dengan sekaya,
Makan dibawah pohon getah;
Kalau nak tahu nama dia,
Nenek saya namanya masitah.
— Pantun dibeli oleh Susu Nov 17, 2011 19:11.
"Nak melamar nenek sy ker??" ~Susu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian (Disclaimer)

Segala penulisan, pantun & gambar yang disiarkan adalah nukilan & buah fikiran penulis sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak berkepentingan. Penulis tidak mempunyai niat untuk memburuk-burukkan mana-mana pihak sama ada yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Sekiranya terdapat kesamaan di mana-mana bahagian blog ini, penulis memohon kemaafan kerana ia tidak disengajakan.

Sekian, terima kasih. Pantun Melayu — Yang Indah itu Bahasa (cc) 2008 - 2013