Memaparkan catatan dengan label kecewa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kecewa. Papar semua catatan

Pantun Dondang Sayang Nona Pisang Raja 1920

pantun-dondang-sayang-sakit-sendirian
Pantun Dondang Sayang, Kecewa
Tinggi bukit sikudana,
Sayang chendawan kaki nya lima;
Saya sakit begitu lama,
Satu orang tak datang tanya.
Pantun Dondang Sayang, Kasih Kecewa
Sayang kelaut sekodi mayang,
Naik ke pulau bersenjata;
Baru sekarang serasa sayang,
Tidor di tilam si ayer mata.

Koleksi Pantun Melayu Karya Zakaria Hitam (Pak Zek)

pantun kecewa berendam air mata
Pantun kasih kecewa
Tasik linang di bawah bukit,
Nampak dari atas kota;
Bila dikenang hati nan sakit,
Duduk berendam si air mata.
Pantun kasih kecewa
Buah bidara, buah keranji,
Buah kuran, buah berangan;
Hilang di mata, hilang berganti,
Lepas di tangan dikenang jangan.

Melestarikan Pantun dan Syair Melayu karya Syarif Abdul Kadir Zein

pantun melayu sujud sembahyang
Pantun Nasihat Keagamaan
Patah dahan patah pelepah,
Ditiup angin pohonnya rebah;
Tiada tuhan yang wajib disembah,
Tiada yang lain selain Allah.
Pantun Nasihat Keagamaan
Burung merpati terbang tinggi,
Membawa surat bersampul merah;
Hamba bersaksi di dalam hati,
Nabi Muhammad Rasul Allah.
Pantun Kasih
Buah keranji di dalam peti,
Buah anggur subur tumbuhnya;
Abang berjanji sehidup semati,
Dalam kubur kita berdua.

Koleksi Pantun Delapan Baris Terpilih

pantun melayu
Pantun Nasihat
Puas mandi naik ke pantai,
Rentang tali kain disidai,
Makan nasi bersayur bayam,
Bayam tumis rencahnya lokan;
Di kedai kopi duduk bersantai,
Pagi dibuang senja terabai
Padi di kepuk dimakan ayam,
Anak di rumah mati tak makan
Pantun Nasihat 8 kerat ini dipetik dari 808 Pantun Baru karya Khadijah Hashim di terbitkan oleh K Publishing, K. Lumpur pada tahun 1997.
Pantun Kasih Sayang Kekecewaan
Rumpun rotan di kota alam,
Ditebang dibelah empat,
Tumbuh serumpun di seberang,
Selasih muara sungai;
Penglihatan usah diperdalam,
Pandang nan usah dipertepat,
Adik di dalam tangan orang,
Maksud rasa tak akan sampai.
Pantun Lapan baris ini dipetik dari Pantun Melayu di terbitkan oleh Redaksi Balai Pustaka, Indonesia pada tahun 1958.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian (Disclaimer)

Segala penulisan, pantun & gambar yang disiarkan adalah nukilan & buah fikiran penulis sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak berkepentingan. Penulis tidak mempunyai niat untuk memburuk-burukkan mana-mana pihak sama ada yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Sekiranya terdapat kesamaan di mana-mana bahagian blog ini, penulis memohon kemaafan kerana ia tidak disengajakan.

Sekian, terima kasih. Pantun Melayu — Yang Indah itu Bahasa (cc) 2008 - 2013