Memaparkan catatan dengan label pantun budi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pantun budi. Papar semua catatan

Pantun Nasihat & Sindiran Karya Harun Mat Piah

Pantun Nasihat Karya Harun Mat piah
Pantun nasihat, sindiran
Kain basah dibubuh tajin,
Ambil tali panjang sekaki;
Jikalau tidak usaha rajin,
Di manakah kita mendapat rezeki.
Suku kata: 9-9-10-12, Pangkal: in-ki-in-ki, Tengah: ah-li-ak-ta
Pantun nasihat, sindiran
Apalah guna asam paya,
Kalau tidak menggulai ikan;
Apa guna lagak dan gaya,
Kalau bahasa tidak dihiraukan.
Suku kata: 8-9-8-11, Pangkal: ya-an-ya-an, Tengah: na-ak-na-sa
Pantun nasihat, sindiran
Kalau tuan merendang telur,
Jangan lupa telur yang masin;
Kalau tuan sudah masyhur,
Jangan lupa keluarga yang miskin.
Suku kata: 9-10-8-10, Pangkal: ur-in-ur-in, Tengah: an-pa-an-pa
Pantun nasihat, sindiran
Berbelok di Tanjung Beringin,
Kemudi patah dilentur;
Elok orang hati tak ingin,
Budi bahasa hatiku hancur.
Suku kata: 9-8-9-9, Pangkal: in-ur-in-ur, Tengah: ng-ah-ng-sa

Puisi Melayu Tradisional Nasihat dan Pengajaran karya Harun Mat Piah

Pantun nasihat budi
Akar keladi melilit selasih,
Selasih tumbuh di hujung taman;
Kalungan budi junjungan kasih,
Mesra kenangan sepanjang zaman.
Pantun nasihat sindiran
Anak itik pandai menari,
Anak angsa terlompat-lompat;
Rupa cantik dapat dicari,
Budi bahasa mana nak dapat.
Pantun nasihat budi
Ambil selasih di puan lama,
Hitung lidi di tengah jalan;
Adinda kasih saya terima,
Hutang budi berbulan-bulan.
Pantun nasihat budi
Ambilkan saya buah delima,
Masak sebiji di balik daun;
Budi tuan saya terima,
Jadi kenangan bertahun-tahun.

Pantun Nasihat Pilihan oleh Armand Asteron

Pantun Nasihat
Pantun Nasihat dan Budi
Suku kata: 10-10-10-10, Pangkal: ta-si-ta-si, Tengah: pa-as-pa-ya
Buat apa mencari permata,
Kalo emas selemari besi;
Buat apa berlimpah harta,
Kalo sumbernya hasil korupsi
Pantun Nasihat dan Budi
Suku kata: 9-9-9-10, Pangkal: pi-ik-pi-ik, Tengah: pa-ya-pa-ya
Buat apa padamkan api,
Kalo airnya cuma setitik;
Buat apa merasa sepi,
Tak selamanya hujan merintik.
 Pantun Nasihat dijual oleh Armand Asteron pada Feb 28, 2011 17:09.

Pantun Nasihat ini dipetik dari situs Pantun Modern — Pantun Buat Apa 2 karya Andi Armansyah.

Pantun Raya Siaran Dendang Berdendang Raya (RTM)

Pantun Raya Siaran Dendang Berdendang Raya
Pantun Pantun raya
Suku kata: 9-9-12-10, Pangkal: sa-ah-sa-ah, Tengah: as-is-an-ut
Tangan dihias gelang suasa,
Gadis manis bernama Mariah;
Di bulan Ramadhan kita berpuasa,
Syawal di sambut dengan meriah,
Pantun Pantun raya
Suku kata: 11-11-10-11, Pangkal: ri-ji-ri-ji, Tengah: ai-an-ng-an
Panjang mengurai rambut si puteri,
Menjadi idaman sering dipuji;
Kunjung mengunjung di aidil fitri,
ketupat dan rendang turut disaji,
Pantun Pantun raya
Suku kata: 11-10-11-11, Pangkal: na-ja-na-ja, Tengah: am-gi-al-ir
Malam kelam kerana gerhana,
Sehingga pagi juga ke senja;
Sambutlah syawal dengan sederhana,
Jangan membazir dalam berbelanja.
Pantun Pantun raya
Suku kata: 9-10-10-11, Pangkal: ra-ah-ra-ah, Tengah: ah-an-ut-pa
Sungguh gagah Indera Pura,
Putera Kayangan empunya kisah;
Syawal di sambut dengan gembira ,
Jangan dilupa mereka yang susah.
Pantun Raya ini dipetik dari halaman serindit oleh SeRiNDiT pada Oct 4, 2008 08:05am.

Pantun Melayu Nusantara

Pantun Nusantara
Anak teruna menanam betik,
Buah cempedak dalam raga;
Apa guna berwajah cantik,
Kalau kurang budi bahasa.
Pantun Nusantara, Pantun Budi
Ayam hutan terbang ke hutan,
Tali tersangkut pagar berduri;
Adik bukan saudara bukan,
Hati tersangkut kerana budi
Pantun Nusantara, Pantun Budi
Kalau roboh Kota Melaka,
Papan dari Jawa hamba dirikan;
Kalau sudah bagai di kata,
Jiwa dan raga hamba serahkan.

Pantun Melayu Nusantara ini di petik dari Pantun Budaya & Sejarah Melayu di Yahoo Groups.

Pantun Terpilih dari koleksi John Gawa

Kebijakan dalam 1001 pantun By John Gawa
  • Terbang burung dari selatan,
    Dipuput angin disangga bayu;
    Bukalah surat dari lipatan,
    Lihatlah pantun bahasa Melayu.
  • Bunga raya bunga angsana,
    Ketiga dengan bunga wilanda;
    Pantun Melayu kebudayaan kita,
    Pusaka peninggalan nenek moyang.
Pantun-pantun ini di petik dari buku Kebijakan dalam 1001 pantun By John Gawa, Kumpulan Pantun (Penerbit Buku Kompas, 2007).

Pantun Adat dari Koleksi Dian S Putri

berbalas pantun via sms
  • Anak teruna tiba di darat,
    Dari Makasar langsung ke Deli;
    Hidup di dunia biar beradat,
    Bahasa tidak dijual beli.
  • Gadis Aceh berhati gundah,
    Menanti teruna menghulur tepak;
    Gula manis sirih menyembah,
    Adat dijunjung dipinggir tidak.

Pantun Adat ini dipetik dari buku Berbalas Pantun via SMS oleh Dian S Putri.

Pantun Istana (Klasik)

Dalam semak ada kebun,
Dalam kebun ada bunga;
Dalam gelak ada pantun,
Dalam pantun ada bicara.
Pantun Istana (Klasik)
Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa;
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.

Paku Besi Paku Payung - Pantun 2 Kerat Berkait

Assalamualaikum, kepada ahli-ahli Teratak Mesra yang pandai berpantun sekalian. Saya beri satu baris ayat oleh rakan saya. Pantun ini bertemakan Kasih Sayang atau kalau kite benci kat org (Kekecewaan, Perpisahan). Baris ayat "Paku besi paku payung". Tolong sambungkan. — Redhaa (Nov 21 2006, 08:09)

  • Paku besi paku payung,
    Hati murni orang sanjung.
    — Pantun Budi 2 Kerat dijual oleh Redhaa (Nov 21 2006, 20:10).
  • Paku besi paku payung,
    Teringat kekasih dihujung kampung.
    — Pantun Kasih Rindu-rinduan dijual oleh Lieza (Nov 22 2006, 09:14).
  • Paku besi paku payung,
    Lieza, rindu dihati bagai tak tertanggung.
    — Pantun Kasih dijual & dibeli oleh Redhaa (Nov 22 2006, 05:46).
  • Paku besi paku payung,
    Rinduku padamu tak dihitung.
    — Pantun Kasih (Redhaa) dibeli oleh Lieza (Nov 23 2006, 17:36).
  • Paku besi paku payung,
    Menunggu kekasih ditepi anjung.
    — Pantun Kasih dijual oleh Lieza (Dec 6 2006, 17:30).
  • Paku besi paku payung,
    Marilah balek nanti ribut yangg datang.
    — Pantun Kasih dibeli oleh TuyuT (Dec 7 2006, 11:51).
  • Paku besi paku payung,
    Biarla ribut yg dtg,saya tetap menunggu kekasih dihujung kampung.
    — Pantun Kasih (TuyuT) dibeli oleh Lieza (Dec 7 2006, 00:26).
  • Paku besi paku payung,
    Lieza disini macam nak meraung.
    — Pantun Kecewa dijual oleh Lieza (Dec 8 2006, 11:31).
  • Paku besi paku payung,
    Meraung jangan sampai cengkung.
  • Paku besi paku payung,
    Jaja takut lieza jadi Jerangkung.
    — Pantun Seloka dibeli oleh JaJa_MeLaWa (Dec 8 2006, 15:02).
  • Paku besi paku payung,
    Lieza disini pun dah macam Jerangkung.
    — Pantun Seloka (Jaja_MeLaWa) dibeli oleh Lieza (Dec 12 2006, 09:25).

Koleksi Pantun Raya Menyambut Aidilfitri

Koleksi Pantun Raya Menyambut Aidilfitri
Pantun Raya Aidilfitri
Suku kata: 10-9-11-11, Pangkal: ri-an-ri-an, Tengah: ng-da-ri-an
Anak-anak riang tak terperi,
Tua muda sama meraikan;
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Salah dan Khilaf harap di maafkan.
 Pantun Raya dijual oleh Jun Kazama pada Aug 17, 2011 22:03.
Pantun Raya Aidilfitri
Bayu menyusun sebebas merpati,
Menyapa selasih meminta budi;
Ampun diminta seikhlas hati,
Semoga silaturrahim kekal abadi.
 Pantun Raya dijual oleh Nurmunirah Bt Yahaya pada Okt 26, 2008.
Pantun Raya Aidilfitri
Tanpa mengira miskin kaya,
Pangkat kedudukan hamba shaya;
Sama-sama menyambut Raya,
Maaf-maafan dihari bahagia.
Pantun Raya Aidilfitri
Aidilfitri hari kemenangan,
Kejayaan menempuh halangan;
Mengenali erti kesenangan,
Bagi mereka yang kekurangan.
  • Puasa itu satu perintah,
    Oleh Allah yang maha perkasa;
    Perintah itu jangan dibantah,
    Wajibnya itu pada yang berkuasa.

  • Dingin di perigi waktu pagi,
    Berkokok ayam ditengah laman;
    Aidil fitri menjelma lagi,
    Tamatlah ujian bagi yang beriman.

  • Lemah lembut tuan puteri,
    Berhias pandai cantik dipandang;
    Meriah menyambut Aidilfitri,
    Sahabat handai datang bertandang.

Pantun Hikayat Merong Mahawangsa

  • Sampai masa tibanya waktu,
    Redup hati kaum berdua;
    Bila dua jasad bersatu,
    Hidup mati jadi bersama.
     Pantun Budi dipetik dari Hikayat Merong Mahawangsa (Aug 1, 2010).

Pantun ini dipetik dari filem Hikayat Merong Mahawangsa atau The Malay Chronicles: Bloodlines (march 2011)

Koleksi Pantun Berkasih Sayang - Nukilan2u

  • Tiada tali carikan ijuk,
    Patah tiang diganti papan;
    Keras hati tak makan dipujuk,
    Kasih sayang jadi ratapan.
  • Ada pijat Tuan buangkan,
    Ada inti pulut direndam;
    Ada hajat tidak diucapkan,
    Ada hati kenapa dipendam?.
     Pantun dipetik dari Nukilan2u (Nov 4, 2007).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian (Disclaimer)

Segala penulisan, pantun & gambar yang disiarkan adalah nukilan & buah fikiran penulis sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak berkepentingan. Penulis tidak mempunyai niat untuk memburuk-burukkan mana-mana pihak sama ada yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Sekiranya terdapat kesamaan di mana-mana bahagian blog ini, penulis memohon kemaafan kerana ia tidak disengajakan.

Sekian, terima kasih. Pantun Melayu — Yang Indah itu Bahasa (cc) 2008 - 2013