Memaparkan catatan dengan label pantun 6 kerat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pantun 6 kerat. Papar semua catatan

Pantun Nasihat Enam Kerat Karya al-lavendari

Pantun nasihat karya saudara al-lavendari berikut digubah menggunakan pepatah lama[1] kaum minangkabau.

Pantun Nasihat, 2010 — al-lavendari

pantun minangkabau burung luar sangkar
Kalau budak memakai tanjak,
Mencari burung di pekan Muar,
Dapat Serindit baru menetas;
Kalau hendak di kata bijak,
Bila terkurung duduk di luar,
Bila terhimpit duduk di atas!
pantun minangkabau kucing dalam sangkar burung

Peribahasa Pepatah Minangkabau

Takuruang nak dilua, taimpik nak diateh.— Batuah A. Dt., Madjoindo A, Dt., (1957), Tambo Minangkabau, Jakarta: Balai Pustaka.

Terkurung hendak di luar, tersepit hendak di atas: orang yang licik dan bijak mengambil peluang (pendapat umum) tapi sebenarnya itulah kebenaran, jika kebenaran dikunci, maka ia akan mendesak untuk dibebaskan, jika ia terhimpit, ia akan mencari cara untuk ke atas; bebas.

Sumber rujukan

  1. Peribahasa Minangkabau
pantun-melayu-al-lavendari

Pantun nasihat enam kerat ini sumbangan oleh saudara dari blog pantun beliau Pantun Enam Kerat - 1, Apr, 2010

Setaman Pantun Kenangan Majlis Pertunangan & Perkahwinan

Setaman Pantun Kenangan
Pantun Majlis Pertunangan dan Perkahwinan, Setaman Pantun Kenangan
Pantun Nusantara
Masuk ke kota waktu malam,
Terbau harum bunga dahlia;
Bismillah kata pembuka kalam,
Assalamualaikum majlis mulia?
Pantun Pertunangan dan Perkahwinan
Daun nilam dibasuh bersih,
Lepas disejat menjelang petang;
Waalaikumussalam terima kasih,
Apa hajat rombongan yang datang?
Pantun Majlis Pertunangan dan Perkahwinan
Bawa jerami muatan sendat,
Singgah di beting tepian laman;
Datang kami kunjung beradat,
Ingin menyunting bunga di taman
Udara nyaman di subuh hari
Embun menitik di jala bersirat,
Lepas disejat menjelang petang;
Bunga di taman kembang berduri,
Hendak memetik harus bersyarat.
Pantun Majlis Pertunangan dan Perkahwinan
Buah pauh lebat di batang,
Mana nak sama buah kuini;
Dari jauh kami datang,
Menurut saja adat di sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian (Disclaimer)

Segala penulisan, pantun & gambar yang disiarkan adalah nukilan & buah fikiran penulis sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak berkepentingan. Penulis tidak mempunyai niat untuk memburuk-burukkan mana-mana pihak sama ada yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Sekiranya terdapat kesamaan di mana-mana bahagian blog ini, penulis memohon kemaafan kerana ia tidak disengajakan.

Sekian, terima kasih. Pantun Melayu — Yang Indah itu Bahasa (cc) 2008 - 2013