Memaparkan catatan dengan label kakcik seroja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kakcik seroja. Papar semua catatan

Pantun penutup tahun 2011 Yang Indah itu Bahasa

Bagi menutup tirai pentas Pantun Melayu di tahun ini setiap penulis dan penyumbang tetap diajukan soalan.

Secara peribadi, apa yang bermain di fikiran anda sepanjang tahun ini?

Syarat

  • Tidak lebih dari delapan sukukata.
  • Setiap baris kata awal bermula dengan perkataan "Yang".
  • Rima pangkal U-N-U-N.
  • Tema ironi kehidupan dan realiti.
  • Bersertakan huraian pendek, padat dan tiada unsur politik.

Pantun Melayu, 2011 — Nuar H.

Yang sedetik berlalu,
Yang setapak kehadapan,
Yang berhenti kaku,
Yang melangkah kedukaan.
"Umur; setiap saat ia bergerak - tidak akan berhenti, di saat ia berhenti -- berakhirlah satu kehidupan."—
Suku kata: 7-8-6-8, Pangkal: lu-an-ku-an, Tengah: ik-ak-ti-ah

Pantun Seloka Sindiran Karya Kakcik Seroja

pantun melayu sindiran mulut muncung kakcik seroja, images by google

Cong mak incong, Adik kakak;
Mulut muncung, Mata tegak.
— Inon Shaharuddin Abd Rahman, Teka-teki Warisan, (1988), Kuala Lumpur.

Muncung membawa berbagai maksud dan persoalan. Secara umum, ekspresi memuncung mulut menggambarkan kemurungan dan ketidak puas hati seseorang terhadap sesuatu — yang mungkin tidak dapat di luahkan.

Pantun sindiran nukilan kakcik seroja berikut merungkai serba sedikit sentimen disebaliknya.

Pantun Sindiran, 2011 — Kakcik Seroja

Buluh dipotong dibuat rencong,
Tidak sesuai menikam jerung;
Ada orang suka muncung-muncung,
Walaupun sedar hidungnya tak mancung.
Pergi ke Puchong membeli arang,
Hendak membakar udang dan ketam;
Muncung-muncung memandang orang,
Sedangkan orang haram tak faham.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian (Disclaimer)

Segala penulisan, pantun & gambar yang disiarkan adalah nukilan & buah fikiran penulis sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak berkepentingan. Penulis tidak mempunyai niat untuk memburuk-burukkan mana-mana pihak sama ada yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Sekiranya terdapat kesamaan di mana-mana bahagian blog ini, penulis memohon kemaafan kerana ia tidak disengajakan.

Sekian, terima kasih. Pantun Melayu — Yang Indah itu Bahasa (cc) 2008 - 2013