Memaparkan catatan dengan label pantun brunei. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pantun brunei. Papar semua catatan

Lanang Beladu Lanang — Gubahan Lagu Asli Pantun Warisan Melayu Brunei

pantun melayu brunei lanang berladu lanang
Pantun Brunei merisik
Wang Lamit berpuntil bata,
Pergi berdudun di malam hari;
Alang-alang berpandang mata,
Baik dilangsung sama sekali.
Pantun Brunei, Berkenalan
Sayang gumilang batang gumilang,
Mari dibawa batang kelupa;
Bukan mencari barang yang hilang,
Kerana lama tidak berjumpa.

Pantun Melayu Brunei dari petikan Syair Rajang

Pantun Melayu Brunei, Syair Rajang
Kala tidur di bawah dulang,
Dulang berisi buah-buahan;
Supaya selamat kakanda pulang,
Mengadap ingsun emas tempawan.
Pantun Melayu Brunei, Syair Rajang
Dulang berisi buah-buahan,
Ambar kesturi harum terlebih;
Menghadap ingsun emas tempawan,
Membawa persembah sebarang oleh.
Pantun Melayu Brunei, Syair Rajang
Ambar kesturi harum terlebih,
Pakaian konon perdana menteri;
Membawa persembah sebarang oleh,
Sebentuk cincin pemanis jari.
Pantun Melayu Brunei, Syair Rajang
Dibawa naik mengadap sultan,
Harun Al-Rashid raja sempurna;
Ikatan emas permata intan,
Kepada adinda sebarang guna.
Pantun Melayu Brunei, Syair Rajang
Harun Al-Rashid raja sempurna,
Adil dan murah tiada terkira;
Kepada adinda sebarang guna,
Hidup dan mati tiadaku lupa.
Hj. Brahim bin Ampuan Hj. Tengah

Pantun dalam bentuk Syair Melayu Brunei ini dipetik dari Syair Rajang : Penyelenggaraan Dan Analisis Teks diterbitkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka Brunei pada tahun 2005 nukilan Prof. Madya Ampuan Dr. Hj. Brahim bin Ampuan Hj. Tengah.

Pantun Puasa dari Kumpulan Pemantun Brunei

  • Kunjung datang ulam pun tiba,
    Bulan Ramadhankan menjelang tiba;
    Harap kita bersedia lah juga,
    Berganda pahala amalan diterima.
    — Pantun Puasa dijual oleh Hadi Saleh pada 12:59 am.
  • Anak ketam belajar bjalan,
    Matanya hilang dimakan lipan;
    Selamat datang bulan Ramadhan,
    Selamat tinggal iblis dan syaitan
    — Pantun Puasa dijual oleh Lutfi Latif pada 12:09 am.
  • Anak ketam belajar berjalan,
    Di ajar oleh si hidung jantan;
    Kalau lapar digoda makanan,
    Puasa ingat jangan dilupakan.
    — Pantun Puasa (Lufti Latif) dibeli oleh Hadi Saleh pada 04:14 am.

Pantun-pantun ini dipetik dari pantun brunei :p Facebook group

Pantun Melayu Brunei

  • Bukan ikan sebarang ikan,
    Ikan belais pemutus tali;
    Bukan hitam sebarang hitam,
    Hitam manis pemutus hati.
  • Berhari-hari hujan di Ulu,
    Hanyut papan berkeping-keping;
    Sabar-sabar tuan dahulu,
    Bulan Syaban naik pengantin.
  • Rumah siapa di Tanjung Dato,
    Rumah Cik Ali tukang perahu;
    Anak siapa gerini itu,
    Rupanya kenal nama tak tahu.
  • Uduk-uduk Pulau Kuraman,
    Sana burung hinggap berhenti;
    Menjuluk bunga di taman,
    Belum dapat belum berhenti.

Pantun di petik dari Bicara Sastera oleh Sofian Ahmad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian (Disclaimer)

Segala penulisan, pantun & gambar yang disiarkan adalah nukilan & buah fikiran penulis sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak berkepentingan. Penulis tidak mempunyai niat untuk memburuk-burukkan mana-mana pihak sama ada yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Sekiranya terdapat kesamaan di mana-mana bahagian blog ini, penulis memohon kemaafan kerana ia tidak disengajakan.

Sekian, terima kasih. Pantun Melayu — Yang Indah itu Bahasa (cc) 2008 - 2013