Memaparkan catatan dengan label pantun lawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pantun lawak. Papar semua catatan

Pantun Raya Seloka karya Al-Lavendari

Pantun Lawak Raya Seloka karya Al-Lavendari
Pantun Lawak Jenaka Raya
Suku kata: 5-6-7-6, Pangkal: ya-in-ya-in, Tengah: ah-di-ri-ri
Syamsul dah kaya,
Zizie jadi datin;
Selamat hari raya,
Maaf zahir batin.
— Pantun Perayaan dijual oleh al-lavendari pada Aug 28, 2011 10:59

Pantun perayaan nukilan Saudara Al-Lavendari (puecorgxret.blogspot.com). Pantunnya unik sekali, Walaupun setiap bait baris ayatnya hanya 5 - 6 suku-kata; konteks & isinya sangat padat dan sinis.

Pantun Jenaka, Seloka Sindiran oleh Ali Majod

pantun jenaka
  • Anak Jawa pulang ke Jawa,
    Sampai di Jawa berjual ragi;
    Tuan ketawa saya ketawa,
    Sama-sama tak ada gigi.
  • Berjalan keluar si anak lokan,
    Sampai leka mencari ibunya;
    Mengapa kelawar orang tak Makan?
    Kerana orang hendakkan tahinya.

Pantun-pantun ini di petik dari buku Siri Koleksi Pantun Kanak-Kanak Bertema Pantun Jenaka oleh Ali Majod (Utusan Publications, 2006).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian (Disclaimer)

Segala penulisan, pantun & gambar yang disiarkan adalah nukilan & buah fikiran penulis sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak berkepentingan. Penulis tidak mempunyai niat untuk memburuk-burukkan mana-mana pihak sama ada yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Sekiranya terdapat kesamaan di mana-mana bahagian blog ini, penulis memohon kemaafan kerana ia tidak disengajakan.

Sekian, terima kasih. Pantun Melayu — Yang Indah itu Bahasa (cc) 2008 - 2013