Koleksi Pantun Raya Menyambut Aidilfitri

Koleksi Pantun Raya Menyambut Aidilfitri
Pantun Raya Aidilfitri
Suku kata: 10-9-11-11, Pangkal: ri-an-ri-an, Tengah: ng-da-ri-an
Anak-anak riang tak terperi,
Tua muda sama meraikan;
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Salah dan Khilaf harap di maafkan.
 Pantun Raya dijual oleh Jun Kazama pada Aug 17, 2011 22:03.
Pantun Raya Aidilfitri
Bayu menyusun sebebas merpati,
Menyapa selasih meminta budi;
Ampun diminta seikhlas hati,
Semoga silaturrahim kekal abadi.
 Pantun Raya dijual oleh Nurmunirah Bt Yahaya pada Okt 26, 2008.
Pantun Raya Aidilfitri
Tanpa mengira miskin kaya,
Pangkat kedudukan hamba shaya;
Sama-sama menyambut Raya,
Maaf-maafan dihari bahagia.
Pantun Raya Aidilfitri
Aidilfitri hari kemenangan,
Kejayaan menempuh halangan;
Mengenali erti kesenangan,
Bagi mereka yang kekurangan.
  • Puasa itu satu perintah,
    Oleh Allah yang maha perkasa;
    Perintah itu jangan dibantah,
    Wajibnya itu pada yang berkuasa.

  • Dingin di perigi waktu pagi,
    Berkokok ayam ditengah laman;
    Aidil fitri menjelma lagi,
    Tamatlah ujian bagi yang beriman.

  • Lemah lembut tuan puteri,
    Berhias pandai cantik dipandang;
    Meriah menyambut Aidilfitri,
    Sahabat handai datang bertandang.

Pantun Berkasih Sayang - Kekecewaan

Pantun Berkasih Sayang - Kekecewaan
Terbang bayan menyisih palas,
Pinggir paya subur berangan;
Untung tuan kasih berbalas,
Kasihnya saya masih awangan.
Pantun Kasih
Pinggir paya subur berangan,
Hinggap kenari memayung perdu;
Kasihnya saya masih awangan,
Saban hari berteman sendu.
 Pantun Kasih dijual & dibeli oleh Nurul Azhari pada Okt 28, 2010.

Pantun terpilih kali ini dipetik dari Nurul Azahari. Bait-bait ayat bagi setiap baris pantun ini mempunyai pola rima yg sempurna dari penghujung baris, di tengah dan di pangkal. Suku kata dalam setiap baris juga amat serasi dan mantap. Pembayang maksud di petik dari keindahan alam mempunyai kesinambungan dengan isi (Kerenah manusia).

Pantun Berkasih Sayang - Memendam Rindu

  • Makan tak sudah tidur tak lena,
    Jiwa tak keruan teringat si bunga;
    Hatiku gundah serba tak kena,
    Bagai gurauan yang tak terduga.
     Pantun Rindu-rinduan dijual oleh Nuar Haruha (Jul 12, 2011 - 22:24).
  • Malam indah dek bulan terang,
    Bintang-bintang cantik berkedipan;
    Kesian Tuan hati keruan tak tenang,
    Terkenang Bunga si Dara pinggitan.
     Pantun dibeli oleh Jun Kazama (Jul 12, 2011 - 23:30).

Pantun Teka-Teki - Bukan Daun Sebarang Daun

Pantun teka-teki
Ulat Daun tidur berembun,
Dipohon kelapa setiap masa;
Banyak daun perkara daun,
Daun apakah dahan tiada?
— Pantun teka-teki dijual oleh Abu Syafie Mnoor pada Oct 14, 2011 24:10.
Pantun teka-teki
Mati hidup tumbuh melata,
Ranting berbisa cabang berduri;
Daun terup dahannya tiada,
Dibuat main'an meracun diri.
— Pantun teka-teki dibeli oleh Nuar Haruha pada Oct 21, 2011 21:26.
Pantun teka-teki
Jalan-jalan di Kuala Muda,
Sambil berjalan kita menjala;
Daun apakah dahan tiada,
Daun Teruplah jawapannya.
— Pantun teka-teki dibeli oleh Jun Kazama pada Jul 12, 2011 21:33.

Pantun Seloka Sindiran - Yang Berhormat


  • Siakap Senohong,
    Gelama Ikan Duri;
    Bercakap bohong,
    Lama-lama jadi YB.
     Pantun Seloka ditweet oleh @nhnoah.

Pantun Berkenalan Bersenda Gurauan

pantun berkenalan, perkenalan
"Dengar ye saudari, sy nak jual" ~ Nuar H.
Buah beringin masak labu,
Dari sarawak ke kota lama;
Saya ni teringin lah nak tahu,
Nenek awak siapa nama?
 Pantun perkenalan dijual oleh Nuar Haruha (Jul 9, 2011 - 00:40).
Anak Cina pergi menjala,
Menjala dengan anak Nyonya;
Kalau En. Nuar nak tahu jawabannya,
Nenek ku Salmah Ibrahim namanya.
— Pantun dibeli oleh Jun Kazama (Jul 9, 2011 - 00:57).
"Fuhh lega.. tp ok ke ko? huhuhu lame kn tgu sori" ~Jun.
Makan roti dengan sekaya,
Makan dibawah pohon getah;
Kalau nak tahu nama dia,
Nenek saya namanya masitah.
— Pantun dibeli oleh Susu Nov 17, 2011 19:11.
"Nak melamar nenek sy ker??" ~Susu.

Pantun Kasih & Nasihat - Cinta Ilahi Kekal Abadi

  • Dusta mulutnya terbawa-bawa,
    Pasti dirinya tiada berbudi;
    Cinta manusia membawa kecewa,
    Cinta Illahi kan kekal abadi.
    — Pantun Kasih & Nasihat dijual oleh Asyraf Asyer (May 29, 2011 - 00:26).
  • Bagaikan pungguk merindu bulan,
    Dimalam hari taut-tautan;
    Mencari cinta bukan sebarang,
    Kerana cinta itu tidak berbilang.
    — Pantun dibeli oleh Admin - Persatuan Ayat Sastera, Pantun, Gurindam, Seloka & Syair (Jul 5, 2011 - 12:50).

Pantun dipetik dari Persatuan Ayat Sastera, Pantun, Gurindam, Seloka & Syair.

Pantun Kasih Pilihan - istemewa2u

  • Ikan batu di atas bara,
    Pohon selasih di tepi kota;
    Fikiran buntu badan sengsara,
    Bila kekasih tiada dimata.
  • Hendak kusukat air madu,
    Dari guri kedalam loyang;
    Semakin dekat semakin rindu,
    Saban hari semakin sayang.
     Pantun Kasih oleh istimewa2u (Mei 23, 2007).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian (Disclaimer)

Segala penulisan, pantun & gambar yang disiarkan adalah nukilan & buah fikiran penulis sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak berkepentingan. Penulis tidak mempunyai niat untuk memburuk-burukkan mana-mana pihak sama ada yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Sekiranya terdapat kesamaan di mana-mana bahagian blog ini, penulis memohon kemaafan kerana ia tidak disengajakan.

Sekian, terima kasih. Pantun Melayu — Yang Indah itu Bahasa (cc) 2008 - 2013