Koleksi Pantun Teka-Teki #1

  • Ada sebiji roda pedati,
    Bentuknya bulat daripada besi;
    Bila bermain diikat sekuat hati,
    Dilempar hidup dipegang mati?
     Jawapan: Gasing.
  • Kalau Tuan pergi ke kedai,
    Belikan saya buah keranji;
    Kalau tuan bijak pandai,
    Apa binatang keris di kaki?
     Jawapan: Ayam.
  • Buah budi bedara mengkal,
    Masak sebiji di tepi pantai;
    Hilang budi bicara akal,
    Buah apa tidak bertangkai?
     Jawapan: Buah Hati (Buah Tangan, Buah Fikiran).

Ya! dipersilakan kepada sesiapa yang nak membeli...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian (Disclaimer)

Segala penulisan, pantun & gambar yang disiarkan adalah nukilan & buah fikiran penulis sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak berkepentingan. Penulis tidak mempunyai niat untuk memburuk-burukkan mana-mana pihak sama ada yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Sekiranya terdapat kesamaan di mana-mana bahagian blog ini, penulis memohon kemaafan kerana ia tidak disengajakan.

Sekian, terima kasih. Pantun Melayu — Yang Indah itu Bahasa (cc) 2008 - 2013