Koleksi Pantun Delapan Baris Terpilih

pantun melayu
Pantun Nasihat
Puas mandi naik ke pantai,
Rentang tali kain disidai,
Makan nasi bersayur bayam,
Bayam tumis rencahnya lokan;
Di kedai kopi duduk bersantai,
Pagi dibuang senja terabai
Padi di kepuk dimakan ayam,
Anak di rumah mati tak makan
โ€” Pantun Nasihat 8 kerat ini dipetik dari 808 Pantun Baru karya Khadijah Hashim di terbitkan oleh K Publishing, K. Lumpur pada tahun 1997.
Pantun Kasih Sayang Kekecewaan
Rumpun rotan di kota alam,
Ditebang dibelah empat,
Tumbuh serumpun di seberang,
Selasih muara sungai;
Penglihatan usah diperdalam,
Pandang nan usah dipertepat,
Adik di dalam tangan orang,
Maksud rasa tak akan sampai.
โ€” Pantun Lapan baris ini dipetik dari Pantun Melayu di terbitkan oleh Redaksi Balai Pustaka, Indonesia pada tahun 1958.

Komen

Sedang dimuatkan... Sedang log masukkan anda...
  • Log masuk sebagai
Belum ada komen dikemukakan lagi. Jadilah orang yang pertama mengemukakan komen!

Kemukakan komen baru

Comments by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian (Disclaimer)

Segala penulisan, pantun & gambar yang disiarkan adalah nukilan & buah fikiran penulis sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak berkepentingan. Penulis tidak mempunyai niat untuk memburuk-burukkan mana-mana pihak sama ada yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Sekiranya terdapat kesamaan di mana-mana bahagian blog ini, penulis memohon kemaafan kerana ia tidak disengajakan.

Sekian, terima kasih. Pantun Melayu โ€” Yang Indah itu Bahasa (cc) 2008 - 2013