Pantun Melayu Sirih Pinang

Pantun Melayu Sirih Pinang
Masyarakat Melayu memang terkenal dengan sifat sopan santun, berbudi bahasa serta penuh dengan adat budaya dalam menjalani kehidupan seharian. Begitulah keadaanya dalam adat bersirih, setiap bahan yang terkandung mempunyai pengertian dan membawakan maksud tertentu.
Pantun Melayu Sirih Pinang
Suku kata: 8-9-11-11, Pangkal: ng-ma-ng-ma, Tengah: ng-ng-ng-di
Sirih junjung sirih pinang,
Sirih kuning diberi nama;
Adat dijunjung pusaka dikenang,
Hidup berbudi muafakat bersama.
Pantun Melayu Sirih Pinang
Sirih kuning diberi nama,
Sirih tanya berserta cincin;
Hidup berunding muafakat bersama,
Bangsa mulia budaya dijamin.

Pantun ini dipetik dari Perpustakaan Negara Malaysia sumber diakses pada 20 Jun 2011.

Sirih junjung sirih pinang Sirih kami susun bertingkat Adat dijunjung pusaka dikenang Bangsa berbudi hidup muafakat Sirih kuning sirih dara Sirih tanya berserta cincin Hidup beradat aman sejahtera Budaya lama tetap terjamin Orang Jawa turun ke dusun Singgah sejenak di pinggir kota Kami bawa sirih tersusun Sudilah sepiak pembuka kata
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian (Disclaimer)

Segala penulisan, pantun & gambar yang disiarkan adalah nukilan & buah fikiran penulis sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak berkepentingan. Penulis tidak mempunyai niat untuk memburuk-burukkan mana-mana pihak sama ada yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Sekiranya terdapat kesamaan di mana-mana bahagian blog ini, penulis memohon kemaafan kerana ia tidak disengajakan.

Sekian, terima kasih. Pantun Melayu — Yang Indah itu Bahasa (cc) 2008 - 2013