Pantun Melayu Peranakan Cina Karya Lee Chee Lin

Pantun Melayu Peranakan, Baba Nyonya
Dari Gangsa pergi Krubong,
Singga ka Tualang merentang tali;
Putus menang bolay di sambong,
Pata arang putus skali.
Pantun Melayu Peranakan, Baba Nyonya
Pecha buyong tempayan ada,
Bolay jugak buat basoh kaki;
Trebang tiong bayan ada,
Bolay jugak mengibor hati.
Pantun Melayu Peranakan, Baba Nyonya
Bua bachang sangka kwini,
Sapu tangan isi lada;
Tidak di sangka jadi bergini,
Angkat tangan urut dada.

Pantun Melayu Peranakan, Baba Nyonya
Merak di sana merak di sini,
Sa'ekor merak di ujong tanjong;
Handak sana handak sini,
Badan sorang mana tertanggong.
Pantun Melayu Peranakan, Baba Nyonya
Anak Melayu jual kayu,
Anak Kling jual kain;
Pantun Melayu Peranakan, Baba Nyonya
Petek durian di atas bukit,
Mari di ikat dengan tali;
Kalu tidak kenang sedikit,
Tidak saya datang kembali.

Pantun Peranakan Baba Nyoya di petik dari Peranakan Cina Pantun Dulu Kala dari Persatuan Peranakan Cina Malaysia karya Mr. Lee Chee Lin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian (Disclaimer)

Segala penulisan, pantun & gambar yang disiarkan adalah nukilan & buah fikiran penulis sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak berkepentingan. Penulis tidak mempunyai niat untuk memburuk-burukkan mana-mana pihak sama ada yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Sekiranya terdapat kesamaan di mana-mana bahagian blog ini, penulis memohon kemaafan kerana ia tidak disengajakan.

Sekian, terima kasih. Pantun Melayu — Yang Indah itu Bahasa (cc) 2008 - 2013