Memaparkan catatan dengan label pantoum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pantoum. Papar semua catatan

Tempayan Pecah Bagai Dunia yang Menanti Belah Sebuah Pantun Karya ninotaziz

Laksana pecah menanti sebab; retak menanti belah.
— sesuatu yang menanti akan binasa/kemusnahan

Pantun nasihat berkait nukilan saudari ninotaziz kali ini menghalusi lagi keunikkan dan keindahan Pantun Melayu yang di tulis dengan penuh gaya sebuah penceritaan dirungkai dalam tiga bahasa.

Keunikkan Pantun Melayu

Jika di hayati Pantoum "World Lie Broken" berikut adalah terjemahan terus maksud dari pantun melayu. Sebaliknya pantun Melayu "Tempayan Pecah" di susun rapi dengan bicara halus yang tersirat membawa berbagai maksud dan persoalan (metafora). Yang mana mungkin, tidak mudah di replikasi dan terjemahkan ke bahasa-bahasa lain semanis bait bahasa Melayu.

Dimana, dari pembayang pantun sahaja secara tidak langsung menggambarkan suasana dan sentimen yang ingin di ketengahkan dengan indah, sinis dan padat.

Keindahan Pantun Melayu

Dari perbezaan ini dengan jelas melambangkan betapa kayanya bahasa Melayu yang diwarisi. Nilai kesantunan dan keindahan bahasa Melayu menjadi kepentingan dan semestinya juga merupakan ciri-ciri yang unik dalam berpantun. Dengan berpantun, pengajaran serta nilai-nilai murni ditekankan dan dapat kita kongsi bersama.

Pantun Nasihat, Tempayan Pecah 2010 — ninotaziz

Tempayan pecah di legar taman,
Di tengah panas, di siram hujan;
Ancaman dunia, wahai teman,
Bertambah kancah, bertambah bentan.
Suku kata: 10-10-9-10, Pangkal: an-an-an-an, Tengah: ah-ah-ia-ah
— ninotaziz
Di tengah panas, disiram hujan,
Sudah bersepai zaman berzaman;
Bertambah kancah, bertambah bentan,
Hingga di belai jiwa budiman.
Suku kata: 10-10-10-10, Pangkal: an-an-an-an, Tengah: as-ai-ab-ai
— ninotaziz
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian (Disclaimer)

Segala penulisan, pantun & gambar yang disiarkan adalah nukilan & buah fikiran penulis sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak berkepentingan. Penulis tidak mempunyai niat untuk memburuk-burukkan mana-mana pihak sama ada yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Sekiranya terdapat kesamaan di mana-mana bahagian blog ini, penulis memohon kemaafan kerana ia tidak disengajakan.

Sekian, terima kasih. Pantun Melayu — Yang Indah itu Bahasa (cc) 2008 - 2013