Pantun Bulan Oh Bulan Karya Khadijah Hashim

Pantun Oh Bulan
Pantun Berkasih Sayang
Suku kata: 9-10-10-10, Pangkal: da-ra-da-ka, Tengah: ta-ti-ta-ti
Bintang berjuta bulan tiada,
Pungguk menanti di pohon ara;
Peluru cinta menusuk dada,
Berkecai hati membawa duka.
Pantun Berkasih Sayang
Suku kata: 10-10-10-9, Pangkal: tu-in-tu-in, Tengah: ap-an-ap-an
Sudah beratap rumah menantu,
Di tengah laman menjemur kain;
Berdua menatap bulan nan satu,
Cuma kenangan yang berlain.
Pantun Berkasih Sayang
Suku kata: 9-9-10-10, Pangkal: ai-li-ai-li, Tengah: ih-ng-ih-ng
Putih-putih si udang pepai,
Ramai orang datang membeli;
Bulan merintih bintang digapai,
Cinta kecundang tidak sekali.

Pantun Berkasih Sayang ini dipetik dari buku Mestika Warisan: Kumpulan Pantun Baru terbitan Cerdik Publications Sdn Bhd, 2005 karya Khadijah Hashim.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian (Disclaimer)

Segala penulisan, pantun & gambar yang disiarkan adalah nukilan & buah fikiran penulis sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak berkepentingan. Penulis tidak mempunyai niat untuk memburuk-burukkan mana-mana pihak sama ada yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Sekiranya terdapat kesamaan di mana-mana bahagian blog ini, penulis memohon kemaafan kerana ia tidak disengajakan.

Sekian, terima kasih. Pantun Melayu — Yang Indah itu Bahasa (cc) 2008 - 2013