Pantun Menyambut Kemerdekaan

Pantun Merdeka, kemerdekaan - tungku
Pantun Merdeka
Suku kata: 11-11-10-10, Pangkal: gi-ra-gi-ra, Tengah: ka-ra-ka-ra
Berseri astaka terjulang tinggi,
Semasa bahtera tengah segara;
Hari merdeka menjelang lagi,
Cinta negara gagah membara.
Pantun Merdeka
Suku kata: 9-10-10-9, Pangkal: ka-ri-ka-ri, Tengah: ga-an-ga-an
Buah mangga bersama nangka,
Jadi dagangan pekan sehari;
Demi warga negara merdeka
Apa sumbangan yang anda beri?
Pantun Merdeka
Suku kata: 10-9-10-9, Pangkal: ka-ba-ka-ba, Tengah: na-ih-na-ih
Dara teruna memetik nangka,
Nangka bersih basuh bertimba;
Apa guna bertempik merdeka,
Jika masih berjiwa hamba.
Pantun Merdeka
Suku kata: 10-11-8-11, Pangkal: ka-ti-ka-ti, Tengah: on-an-un-an
Kasih dipohon hati dah suka,
Mudah mudahan diberkati;
54 tahun negara merdeka,
Banyak kemudahan kita nikmati.
 Pantun Merdeka dijual oleh Nuar Haruha pada Aug 28, 2011 02:36.

Selamat menyambut hari Kemerdekaan yang ke-54.

Komen (8)

Sedang dimuatkan... Sedang log masukkan anda...
  • Log masuk sebagai
bersama kita sambut merdeka
sambil gembira di aidilfitri
bagaimana mahu terbebas jiwa
kalau lemah akal dan budi
My recent post Blog Dan Blogger Terpilih | Ogos 2011
2 jawab balas · aktif 715 minggu tadi
eh bro tehr kacak pun ada mari hee...

sama2 berpantun ya
datang bukan sebarang datang
datang kemari membawa rasa
pejuang bukan sebarang pejuang
pejuang mati berjiwa merdeka
salam sahabat..

semekar bunga seindah bahasa
kata sepakat mula dicipta
laungan merdeka menjadi kebanggan
buat kita dan semua bangsa

p/:s.bro..ulr yag bro bagi tu tujuan apa sebenarnya..sy tgk blh jadi blur..thnks sb sudi singgah blog saya..
1 jawab balas · aktif 715 minggu tadi
*luar topik*, web archive ni macam arkib negara (tapi di guna utk mengarkib website semesta alam) lebih kurang mcm backup lah. cuma tak semuanya yang di archive. you boleh check sendiri mana artikel you yang dah hilang mungkin ada di http://www.archive.org. kalau you nak paksa webarchive mirror semua artikel (atau ignore semua artikel dlm blog u) kena setting dlm robots.txt (google robots.txt).
apa guna besar mata
apa berbini cantik
apa guna hidup semata mata
apa guna badan tokek

Kemukakan komen baru

Comments by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian (Disclaimer)

Segala penulisan, pantun & gambar yang disiarkan adalah nukilan & buah fikiran penulis sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak berkepentingan. Penulis tidak mempunyai niat untuk memburuk-burukkan mana-mana pihak sama ada yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Sekiranya terdapat kesamaan di mana-mana bahagian blog ini, penulis memohon kemaafan kerana ia tidak disengajakan.

Sekian, terima kasih. Pantun Melayu — Yang Indah itu Bahasa (cc) 2008 - 2013