Pantun Kecewa - Kasih Tak Sampai oleh Abdul Halim R

Pantun Kecewa - Kasih Tak Sampai oleh Abdul Halim R
Pantun Kecewa - Kasih Tak Sampai
Suku kata: 10-9-10-10, Pangkal: ya-ng-ya-ng, Tengah: uk-yu-uk-yu
Bersubang kapuk di pagi raya,
Gadis ayu berbaju jarang;
Bunga ku pupuk semesra daya,
Akhirnya layu di sanggul orang.
— Pantun Kasih Mungkir dijual oleh Abdul Halim 'R'.
Pantun Kecewa
Suku kata: 10-9-10-10, Pangkal: ba-ah-ba-ah, Tengah: ut-ak-ut-ti
Pisau diraut hilang dirimba,
Pakaian anak Raja Judah;
Karam dilaut boleh ku timba,
Karam dihati bilakan sudah?
Pantun Kasih Kecewa dijual oleh Chahya pada Dec 22, 2008 19:26.
Pantun Kecewa
Suku kata: 8-9-10-10, Pangkal: as-ta-as-ta, Tengah: ti-ut-ti-ut
Pokok geti pokok kapas,
Rapat bertaut sama sekata;
Karam di hati masih bernafas,
Karam di laut habis cerita.
Pantun Kasih Nasihat dibeli oleh Abdul Halim 'R' pada Dec 23, 2008 24:39

Pantun ini dipetik dari Pantun Serbaneka, Dewan Bahasa dan Pustaka, (1968) karya Dato’ Hj. Abdul Halim bin Hj. Salleh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian (Disclaimer)

Segala penulisan, pantun & gambar yang disiarkan adalah nukilan & buah fikiran penulis sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak berkepentingan. Penulis tidak mempunyai niat untuk memburuk-burukkan mana-mana pihak sama ada yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Sekiranya terdapat kesamaan di mana-mana bahagian blog ini, penulis memohon kemaafan kerana ia tidak disengajakan.

Sekian, terima kasih. Pantun Melayu — Yang Indah itu Bahasa (cc) 2008 - 2013