Pantun Teka-Teki Karya Md Ali Bachik (Iladam)

pantun teka-teki mancis
Pantun Teka teki
Suku kata: 9-9-10-10, Pangkal: ng-pi-ng-pi, Tengah: ai-ul-ai-el
Buah cermai di dalam dulang,
Tepung di gaul minyak sapi;
Anaknya ramai, ibunya seorang,
Bila bergesel berapi-api?
 Mancis
Pantun Teka teki
Suku kata: 8-10-13-16, Pangkal: ng-pi-ng-pi, Tengah: ai-el-ak-is
Pergi kedai beli barang,
Beli pengsil dengan minyak sapi;
Teka-teki anak ramai ibu seorang,
Jawapannya mancis bila digesel keluar api.
 Pantun teka-teki dibeli oleh Jun Kazama pada Aug 24, 2011 21:19.
Pantun Teka teki
Suku kata: 9-10-9-9, Pangkal: an-ti-an-ti, Tengah: at-ka-at-ka
Tarik pukat dari pangkalan,
Gula Melaka dibuat inti;
Bila diikat ia berjalan,
Bila dibuka ia berhenti?
 Kasut Bertali
Pantun Teka teki
Suku kata: 8-8-8-8, Pangkal: un-si-un-si, Tengah: ng-am-ng-am
Tanam pisang sulung tahun,
Malam-malam tanak nasi;
Dalam batang ada daun,
Dalam daun ada isi?
 Lemang

Pantun teka-teki ini di petik dari antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa, Dewan Bahasa dan Pustaka karya Md Ali Bachik (Iladam).

Komen (1)

Sedang dimuatkan... Sedang log masukkan anda...
  • Log masuk sebagai
pantun mancis api tu lucu pulak bunyinya
hehe
My recent post Pantun Pilihan Hari Raya

Kemukakan komen baru

Comments by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian (Disclaimer)

Segala penulisan, pantun & gambar yang disiarkan adalah nukilan & buah fikiran penulis sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak berkepentingan. Penulis tidak mempunyai niat untuk memburuk-burukkan mana-mana pihak sama ada yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Sekiranya terdapat kesamaan di mana-mana bahagian blog ini, penulis memohon kemaafan kerana ia tidak disengajakan.

Sekian, terima kasih. Pantun Melayu — Yang Indah itu Bahasa (cc) 2008 - 2013