Melestarikan Pantun dan Syair Melayu karya Syarif Abdul Kadir Zein

pantun melayu sujud sembahyang
Pantun Nasihat Keagamaan
Patah dahan patah pelepah,
Ditiup angin pohonnya rebah;
Tiada tuhan yang wajib disembah,
Tiada yang lain selain Allah.
Pantun Nasihat Keagamaan
Burung merpati terbang tinggi,
Membawa surat bersampul merah;
Hamba bersaksi di dalam hati,
Nabi Muhammad Rasul Allah.
Pantun Kasih
Buah keranji di dalam peti,
Buah anggur subur tumbuhnya;
Abang berjanji sehidup semati,
Dalam kubur kita berdua.

Pantun Kasih
Pohon sirih di atas bukit,
Bukit berkabut diwaktu pagi;
Terima kasih kami bukan sedikit,
Dari mulut hingga ke hati.
Melestarikan pantun & Syair Melayu, Syarif Abdul Kadir Zein
Pantun Kecewa
Asam jawa si asam kandis,
Tumbuh bertunas didalam hutan;
Mulut tertawa hati menangis,
Laksana panas mengandung hujan.
Pantun Kecewa
Buah kuini di negeri Cina,
Buah petai di negeri seberang;
Hamba ini bagai sang bunga,
Segar dipakai layu di buang.

Pantun Nasihat Keagamaan ini di petik dari buku Melestarikan Pantun dan Syair Melayu di terbitkan oleh Dewan Kesenian Kalbar, Pontianak pada tahun 2005 karya Syarif Abdul Kadir Zein

Komen (4)

Sedang dimuatkan... Sedang log masukkan anda...
  • Log masuk sebagai
Sungguh cantik campuran warna,
Nampak terang tiadalah kabur;
Sungguh menarik susunan kata,
Terasa senang dapat berhibur.
My recent post Bila Wanita Turun Padang
1 jawab balas · aktif 707 minggu tadi
Pohon bidara di tepian paya,
Menyusur lembah taman baginda;
Nukilan sastera bicara karya,
Saling muhibah teman senada.

Bersopan santun si anak dara,
Bercincin suasa bertambah ayu;
Dalam pantun tersimpan bicara,
Keindahan bahasa bangsa melayu.

suka dengar pantun tehr. terbaik!
avatar Sy.Ichsan Subarkah

Sy.Ichsan Subarkah · 639 minggu tadi

Berita duka
Telah Berpulang Kerahmatullah Sy.Abdul Kadir Zein Almutahar bin Sy.Zein Almutahar Pada tanggal 28 Desember 2012 jam 06.00 .Kami yang berduka mohon doa kepada sahabat pembaca pantun dan syair karya ayah kami,semoga amal ibadah beliau diterima di sisi ALLAH S.W.T

Sy.Ichsan Subarkah Almutahar
1 jawab balas · aktif 639 minggu tadi
Al-fatihah buat Allahyarham Sy.Abdul Kadir Zein Almutahar bin Sy.Zein Almutahar. Semoga Rohnya ditempatkan bersama org yg beriman. Amin

Terima kasih Sy.Ichsan Subarkah Almutahar
Kami di Yang Indah itu Bahasa mengucapkan takziah buat keluarga Allahyarham.

Kemukakan komen baru

Comments by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian (Disclaimer)

Segala penulisan, pantun & gambar yang disiarkan adalah nukilan & buah fikiran penulis sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak berkepentingan. Penulis tidak mempunyai niat untuk memburuk-burukkan mana-mana pihak sama ada yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Sekiranya terdapat kesamaan di mana-mana bahagian blog ini, penulis memohon kemaafan kerana ia tidak disengajakan.

Sekian, terima kasih. Pantun Melayu — Yang Indah itu Bahasa (cc) 2008 - 2013