Pantun Seloka Sindiran — Pinggan tak Retak Nasi tak Dingin 2 karya al-lavendari

pantun melayu mata juling penembak tepat

Pantun seloka dan sindiran berikut adalah sambungan dari siri Pinggan tak Retak Nasi tak Dingin[1], sebuah gubahan pantun yang diadaptasikan dari pepatah Melayu sumbangan dari saudara al-lavendari.

Pantun Seloka
Pinggan tak retak,
Nasi tak dingin;
Macamana dia tembak,
Mata dia julin'
Pantun Seloka
Pinggan tak retak,
Nasi tak dingin;
potong pakai kapak,
rejam pakai lembin'
Pantun Seloka
Pinggan tak retak,
Nasi tak dingin;
walau gigi tak dak,
teringin makan dagin'

Lihat juga

  1. Pantun Seloka Sindiran — Pinggan tak retak nasi tak dingin.
pantun-melayu-al-lavendari

Pantun seloka ini sumbangan oleh saudara al-lavendari dari blog pantun beliau Puisi orang tak reti — Pinggan tak retak - 2, Sep, 2009.

Komen (5)

Sedang dimuatkan... Sedang log masukkan anda...
  • Log masuk sebagai
nuar

saya tersenyum panjang bila melihat gambar yang awak masukkan .. pandai awak cari. terima kasih keran menyiar dan menambah nilai.
My recent post PEMBAYANG DULU-DULU 41: KELIP-KELIP KU SANGKA API.
1 jawab balas · aktif 707 minggu tadi
ya saya pun terkejut, tak sangka ada gambar penembak tepat bermata juling - kiri boleh tembak, kanan boleh tembak depan jek tak boleh.
Pinggan tak retak, Nasi tak dingin;
Bini kata tidak, Abang cari lain.
1 jawab balas · aktif 706 minggu tadi
Pinggan tak retak,
Nasi tak dingin;
Nanti kena tetak,
Jangan main-main.
My recent post PEMBAYANG DULU-DULU 41: KELIP-KELIP KU SANGKA API.

Kemukakan komen baru

Comments by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian (Disclaimer)

Segala penulisan, pantun & gambar yang disiarkan adalah nukilan & buah fikiran penulis sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak berkepentingan. Penulis tidak mempunyai niat untuk memburuk-burukkan mana-mana pihak sama ada yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Sekiranya terdapat kesamaan di mana-mana bahagian blog ini, penulis memohon kemaafan kerana ia tidak disengajakan.

Sekian, terima kasih. Pantun Melayu — Yang Indah itu Bahasa (cc) 2008 - 2013