Pantun Keagamaan Nasihat & Tauladan — Tunjuk Ajar Melayu Karya Tenas Effendy

tunjuk ajar melayu karya tenas effendy
Pantun Nasihat —
Wahai ananda intan terpilih,
Jadilah engkau anak yang saleh,
Berbuat baik jangan memilih,
Bergaul jangan memilih kasih.
Pantun Nasihat keagamaan —
Wahai ananda kuntum pilihan,
Syarak dan sunnah jangan abaikan,
Berbuat kebajikan janganlah segan,
Supaya engkau dirahmati Tuhan.
Pantun Nasihat keagamaan —
Wahai ananda kemala negeri,
Kokohkan iman di dalam diri,
Tunjuk ajar engkau dengari,
Bujukan stan engkau jauhi.

Pantun Nasihat —
Wahai ananda tambatan jiwa,
Jauhkan olehmu sifat aniaya,
Berbaik-baik sesama manusia,
Supaya kelak tidak cedera.
Pantun Nasihat —
Wahai ananda cahaya gemilang,
Ilmu di dada jangan dibuang,
Jauhkan segala pantang dan larang,
Supaya hidupmu tidak terbuang.
Pantun Nasihat keagamaan —
Wahai ananda mustika bunda,
Janganlah cuai dalam agama,
Kerjakan sembahyang tiang agama,
Supaya hidupmu selamat sempurna.
Tenas Effendy

Pantun Melayu Riau ini dipetik dari Tunjuk Ajar Melayu terbitan Dewan Kesenian Riau, 1994 & Balai Kajian dan Pengembangan Budaya Melayu Yogyakarta, pada 2006 karya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian (Disclaimer)

Segala penulisan, pantun & gambar yang disiarkan adalah nukilan & buah fikiran penulis sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak berkepentingan. Penulis tidak mempunyai niat untuk memburuk-burukkan mana-mana pihak sama ada yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Sekiranya terdapat kesamaan di mana-mana bahagian blog ini, penulis memohon kemaafan kerana ia tidak disengajakan.

Sekian, terima kasih. Pantun Melayu — Yang Indah itu Bahasa (cc) 2008 - 2013