Memaparkan catatan dengan label kiasan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kiasan. Papar semua catatan

Khazanah Pantun Melayu Riau Pantun Seloka Sindiran Pilihan Karya Tenas Effendy

Yang kurik itu kundi, Yang merah itu saga;
Yang cantik itu budi, Yang indah itu bahasa.— Muhammad Ariff Ahmad (Mas).,(2003), Yang Baik Yang Indah: Mari Kita Berpantun, Singapura.

Koleksi Kumpulan Pantun Seloka Sindiran, 2007 — Tenas Effendy

Beberapa bait pantun berikut mengguna bahasa yang sinis mungkin tidak manis bagi sesetengah pihak. Sekadar rujukan bagi pihak kami dan pembaca, harap maklum.— Editor

Pantun Lawak Jenaka Pilihan Tenas Effendy
Yang bukit tinggi,
Yang rendah rawa;
Yang dicubit pipi,
Yang merah muka.
Pantun Riau, Seloka, Lawak Jenaka—
Yang dipindang ikan,
Yang dibakar daging;
Yang dipegang tangan,
Yang gementar keting.

Pantun Keagamaan Nasihat & Tauladan — Tunjuk Ajar Melayu Karya Tenas Effendy

tunjuk ajar melayu karya tenas effendy
Pantun Nasihat —
Wahai ananda intan terpilih,
Jadilah engkau anak yang saleh,
Berbuat baik jangan memilih,
Bergaul jangan memilih kasih.
Pantun Nasihat keagamaan —
Wahai ananda kuntum pilihan,
Syarak dan sunnah jangan abaikan,
Berbuat kebajikan janganlah segan,
Supaya engkau dirahmati Tuhan.
Pantun Nasihat keagamaan —
Wahai ananda kemala negeri,
Kokohkan iman di dalam diri,
Tunjuk ajar engkau dengari,
Bujukan stan engkau jauhi.

Pantun Kiasan dari Koleksi pantun dondang sayang Bertemakan Intan

pantun-dondang-sayang-intan

Dondang Sayang atau disebut juga Dendang Sayang oleh orang Melaka membawa dua pengertian, bila disebut berdendang bermakna bernyanyi untuk bersuka-suka atau menghibur hati. Apabila disebut sayang akan membawa erti kasih iaitu melakukan dengan geraklaku yang lembut dan penuh mesra.

Dari dua pengertian di atas maka bolehlah didefinasikan Dondang Sayang atau Dendang Sayang itu Lagu Kasih atau Nyanyian Kasih. Ini bermakna nyayian Dondang Sayang merupakan satu media atau satu cara untuk menyampaikan isi hati si penyanyi dengan lembut dan penuh mesra.
Hj. Mohd Yassin Ahmad, Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia, 2004.

Himpunan Pantun Dondang sayang bertemakan Intan (Kiasan)

Pantun Dondang sayang
Mengail ikan di Pasir Putih,
Batas padi jadi sempadan;
Emas dan intan tetap dipilih,
Hanya menjadi hiasan badan.
Pantun Dondang sayang
Buluh perindu tidak berdahan,
Cendana pula tidak berdaun;
Tak semua batu menjadi intan,
Walaupun lama membilang tahun.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian (Disclaimer)

Segala penulisan, pantun & gambar yang disiarkan adalah nukilan & buah fikiran penulis sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak berkepentingan. Penulis tidak mempunyai niat untuk memburuk-burukkan mana-mana pihak sama ada yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Sekiranya terdapat kesamaan di mana-mana bahagian blog ini, penulis memohon kemaafan kerana ia tidak disengajakan.

Sekian, terima kasih. Pantun Melayu — Yang Indah itu Bahasa (cc) 2008 - 2013