Pantun Pembuka Bicara Bersama Radio Irama Melayu Asli (RIMA)

Pantun Pembuka Bicara, 1998 — Rosni Yusof

Pantun Melayu Bersama RIMA Radio Irama Melayu Asli
Pantun ucapan pembuka bicara —
Pagi-pagi menuai padi,
Untuk mengelak panas mentari;
Tuan di sana — saya di sini,
Sebagai penghibur pengganti diri.
Suku kata: 9-10-10-10, Pangkal: di-ri-ni-ri, Tengah: ai-ak-na-ur
Pantun perkenalan —
Bunga cempaka bunga mewangi,
Disunting dara nampak berseri;
Ramahnya mesra sopan berbudi,
Salam dihulur terpaut budi.

Pantun perkenalan —
Padi goreng dibuat bertih,
Untuk umpan ikan gelama;
Kalau hati terasa pedih,
Jemput berhibur bersama saya.
Pantun perkenalan —
Balang berisi si anak ikan,
Ikan sembilang di dalam lokan;
Irama Melayu saya sajikan,
Pantun seloka jadi mainan.

Pantun perkenalan pembuka bicara bersama Radio Irama Melayu Asli ini di petik dari Dalam Pantun Ada Bicara di terbitkan oleh Pustaka Wira Sdn Bhd, Kuala Lumpur pada 1998 - 2000 karya Rosni Yusof.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian (Disclaimer)

Segala penulisan, pantun & gambar yang disiarkan adalah nukilan & buah fikiran penulis sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak berkepentingan. Penulis tidak mempunyai niat untuk memburuk-burukkan mana-mana pihak sama ada yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Sekiranya terdapat kesamaan di mana-mana bahagian blog ini, penulis memohon kemaafan kerana ia tidak disengajakan.

Sekian, terima kasih. Pantun Melayu — Yang Indah itu Bahasa (cc) 2008 - 2013