Kasih Hilang Menyepi Diri Karya Pantun al-lavendari

Pantun Kasih, 2011 — al-lavendari

Koleksi Himpunan Pantun Melayu Pantun Kasih Hilang Menyepi diri karya al-lavendari
Naik feri ke Pulau Langkawi,
Membeli pinggan tidak berdulang;
Semakin hari semakin sunyi,
Ke mana gerangan Tuan menghilang?
Pantun dijual oleh pada Jan 5, 2011.
Suku kata: 10-10-10-10, Pangkal: wi-ng-yi-ng, Tengah: ri-an-ri-an
Membeli pinggan tidak berdulang,
Untuk hadiah di majlis Tuan;
Ke mana gerangan tuan menghilang,
Merajuk kah hati dengan gurauan?
Pantun ↑ dibeli oleh pada Jan 5, 2011.

Ada petola ada keledek,
Orang tanya dia — dia tanya kita balik.
— Pantun sindiran ↑ dibeli oleh pada Jan 5, 2011.
Naik feri ke Pulau Angsa,
Jangan pula salah tujunya;
Saya di sini ada sentiasa,
Mungkin yang lain sibuk adanya.
Pantun ↑ dibeli oleh pada Jan 5, 2011.
Buah labu sudah ditebuk,
Buah timun dimasak kari;
Saya tahu orang pun sibuk,
Saja bepantun menghibur hati.
— Pantun ↑ dibeli oleh pada Jan 5, 2011.
Bukan mendulang bukan menampi,
Emas tiada padi pun hampa;
Bukan menghilang bukan menyepi,
Idea tiada, ayat tak jumpa.
Pantun ↑ dibeli oleh pada Jan 5, 2011.
Anak helang di dalam taman,
Anak rusa di pinggir kali;
Ingatkan hilang lupakan teman,
Baharulah senang rasa di hati.
— Pantun ↑ dibeli oleh pada Jan 5, 2011.
Bersiap-siap ke pulau langkawi,
Sampan dipandu suami isteri;
Siapa yang hilang siapa yang menyepi,
Sampai Tuan merindu begini?
Pantun ↑ dibeli oleh pada Jan 5, 2011.
Kalau menyemai si benih padi,
Jauhi enggang tidak bersarang;
Selalu ramai bermain di sini,
Tetiba lengang tidak berorang.
— Pantun ↑ dibeli oleh pada Jan 5, 2011.
Pulau Langkawi Pulau lagenda,
Tempat lahir wanita teraniaya;
Siapakah gerangan punya angkara,
Membuat Tuan gundah gulana?
Tinta Tuan pusaka berzaman,
Biar yang muda ambil perhatian;
Mereka tak bertandang ada alasan,
Mungkin masa tidak mengizinkan.
Pantun berkait ulasan ↑ dibeli oleh pada Jan 5, 2011.
Pergi ke huma di waktu senja,
jumpa seladang sedang berkubang;
Saya cuma menguji rasa,
Adakah orang sudi bertandang.
— Pantun ↑ dibeli oleh pada Jan 5, 2011.
Jalan kaki ke Tanjung Bunga,
Singgah di pekan beli kelapa;
Ada di sini — tak ke mana,
Kelam kabut sikit tak sempat baca.
Pantun ↑ dibeli oleh pada Jan 5, 2011.
Pohon selasih bercabang-cabang,
Pohon kelapa tegak berdiri;
Terima kasih datang bertandang,
Ingatkan lupa bermain di sini.
— Pantun ↑ dibeli oleh pada Jan 5, 2011.
pantun-melayu-al-lavendari

Pantun bertemakan kasih ini sumbangan oleh saudara dari blog pantun beliau Pantun Saja-saja - 7, Jan, 2011

Copyright 2011 © al-lavendari.

Komen (4)

Sedang dimuatkan... Sedang log masukkan anda...
  • Log masuk sebagai
Sebenarnya pantun ini saya sumbangkan sambil bertanya kemana tuan pergi .. lama laman tak di kemaskini. Saya gembira bila tuan kembali bersiaran.
My recent post PEMBAYANG DULU-DULU 43 : BILA NAK KHATAM ?
1 jawab balas · aktif 698 minggu tadi
itulah yang sy email — tertembak kaki sendiri
maaf .. saya ni jarang sangat tengok emel. mungkin 2-3 bulan sekali kecuali ada orang beritahu suruh baca emel. baru saya periksa emel dan disahkan emel awak telah diterima. terima kasih.

semoga usaha anda berjaya.
1 jawab balas · aktif 698 minggu tadi
Sama-sama saudara al-lavendari, dan terima kasih juga atas kesudian memeriahkan pentas pantun kami di sini. Sokongan dari saudara amat kami hargai.

Kemukakan komen baru

Comments by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian (Disclaimer)

Segala penulisan, pantun & gambar yang disiarkan adalah nukilan & buah fikiran penulis sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak berkepentingan. Penulis tidak mempunyai niat untuk memburuk-burukkan mana-mana pihak sama ada yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Sekiranya terdapat kesamaan di mana-mana bahagian blog ini, penulis memohon kemaafan kerana ia tidak disengajakan.

Sekian, terima kasih. Pantun Melayu — Yang Indah itu Bahasa (cc) 2008 - 2013