Pantun Pembuka Bicara Bersama Radio Irama Melayu Asli (RIMA)

Pantun Pembuka Bicara, 1998 — Rosni Yusof

Pantun Melayu Bersama RIMA Radio Irama Melayu Asli
Pantun ucapan pembuka bicara —
Pagi-pagi menuai padi,
Untuk mengelak panas mentari;
Tuan di sana — saya di sini,
Sebagai penghibur pengganti diri.
Suku kata: 9-10-10-10, Pangkal: di-ri-ni-ri, Tengah: ai-ak-na-ur
Pantun perkenalan —
Bunga cempaka bunga mewangi,
Disunting dara nampak berseri;
Ramahnya mesra sopan berbudi,
Salam dihulur terpaut budi.

Berbalas Pantun Nasihat Sindiran Bertemakan Korupsi di Twitter

Berbalas pantun korupsi Nuar H vs SPRM
Patah lalu ditutuh,
Dibuka tentu lolos;
Dijolok baru jatuh,
Disogok tentu lulus.
— Pantun dijual oleh pada Aug 20, 2020.
Suku kata: 8-8-8-8, Pangkal: an-ab-an-ab, Tengah: ab-an-ab-an

Berbalas Pantun Nasihat Korupsi, 2011 — Nuar H & Za'im Yussof

Zaman bukan sebarang zaman,
Zaman gelap hidup pun sulit;
Makan bukan sebarang makan,
Makan suap perut pun buncit.
Pantun Nasihat sindiran (Karya Tenas Effendy) dijual oleh , Nov 16, 2011 12:09.
Zaman bukan sebarang zaman,
Zaman gelap hidup menggila;
Makan bukan sebarang makan,
Makan suap hidangan neraka!
Pantun ↑ dibeli oleh , Nov 16, 2011 12:15.

Pantun Nasihat Sindiran Karya Sonia

pantun kasih - bunga cempaka sari
Pantun kasih nasihat sindiran —
Molek juga mawar berduri,
Biar kuntum itu dijauhi;
Usah jadi cempaka sari,
Merbak wangi tiada berisi.
— Pantun nasihat sindiran dijual oleh pada Nov 15, 2011 12:15.
Suku kata: 9-9-9-9, Pangkal: ri-hi-ri-si, Tengah: ga-um-di-gi
pemantun-melayu-sonia

Pantun nasihat sindiran ini sumbangan oleh , pada Nov 15, 2011 12:15

Khazanah Pantun Melayu Riau Pantun Seloka Sindiran Pilihan Karya Tenas Effendy

Yang kurik itu kundi, Yang merah itu saga;
Yang cantik itu budi, Yang indah itu bahasa.— Muhammad Ariff Ahmad (Mas).,(2003), Yang Baik Yang Indah: Mari Kita Berpantun, Singapura.

Koleksi Kumpulan Pantun Seloka Sindiran, 2007 — Tenas Effendy

Beberapa bait pantun berikut mengguna bahasa yang sinis mungkin tidak manis bagi sesetengah pihak. Sekadar rujukan bagi pihak kami dan pembaca, harap maklum.— Editor

Pantun Lawak Jenaka Pilihan Tenas Effendy
Yang bukit tinggi,
Yang rendah rawa;
Yang dicubit pipi,
Yang merah muka.
Pantun Riau, Seloka, Lawak Jenaka—
Yang dipindang ikan,
Yang dibakar daging;
Yang dipegang tangan,
Yang gementar keting.

Pantun Nasihat Enam Kerat Karya al-lavendari

Pantun nasihat karya saudara al-lavendari berikut digubah menggunakan pepatah lama[1] kaum minangkabau.

Pantun Nasihat, 2010 — al-lavendari

pantun minangkabau burung luar sangkar
Kalau budak memakai tanjak,
Mencari burung di pekan Muar,
Dapat Serindit baru menetas;
Kalau hendak di kata bijak,
Bila terkurung duduk di luar,
Bila terhimpit duduk di atas!
pantun minangkabau kucing dalam sangkar burung

Peribahasa Pepatah Minangkabau

Takuruang nak dilua, taimpik nak diateh.— Batuah A. Dt., Madjoindo A, Dt., (1957), Tambo Minangkabau, Jakarta: Balai Pustaka.

Terkurung hendak di luar, tersepit hendak di atas: orang yang licik dan bijak mengambil peluang (pendapat umum) tapi sebenarnya itulah kebenaran, jika kebenaran dikunci, maka ia akan mendesak untuk dibebaskan, jika ia terhimpit, ia akan mencari cara untuk ke atas; bebas.

Sumber rujukan

  1. Peribahasa Minangkabau
pantun-melayu-al-lavendari

Pantun nasihat enam kerat ini sumbangan oleh saudara dari blog pantun beliau Pantun Enam Kerat - 1, Apr, 2010

Pantun Kasih - Harum Mekar Dewi Malam Karya ninotaziz

pantun-kasih-cinta-merindu-bakawali

Serangkaian pantun Bakawali Kembang Dini Hari berikut nukilan dari saudari . Keunikkan pantun yang digubah menggunakan tiga bahasa; Melayu, Inggeris dan Perancis — menyerlahkan lagi penceritaan, kontek dan perspektif buat pembaca.

Pantun bertemakan kasih sayang ini menggunakan simbolik bunga (percintaan) dan waktu (memori, kenangan). Jika dihayati, bunga bakawali adalah sejenis bunga yang amat unik dan sukar dicari. Sifatnya yang mekar harum di dingin malam, kemudian layu menanti fajar membawa berbagai maksud tersirat untuk di interpretasi.

Bakawali Harum Dini Hari, 2010 — ninotaziz

pantun-kasih-redha-percintaan
Pantun Kasih —
Burung pungguk tunduk terkedu,
Bakawali harum di dalam taman;
Adik terduduk menahan rindu,
Bulan mengambang di tapak tangan.
Pantun Kasih —
Bakawali harum di dalam taman,
Sayang layu di sinar mega;
Bulan mengambang di tapak tangan,
Bintang gugur di kelopak mata.

Pantun Keagamaan Nasihat & Tauladan — Tunjuk Ajar Melayu Karya Tenas Effendy

tunjuk ajar melayu karya tenas effendy
Pantun Nasihat —
Wahai ananda intan terpilih,
Jadilah engkau anak yang saleh,
Berbuat baik jangan memilih,
Bergaul jangan memilih kasih.
Pantun Nasihat keagamaan —
Wahai ananda kuntum pilihan,
Syarak dan sunnah jangan abaikan,
Berbuat kebajikan janganlah segan,
Supaya engkau dirahmati Tuhan.
Pantun Nasihat keagamaan —
Wahai ananda kemala negeri,
Kokohkan iman di dalam diri,
Tunjuk ajar engkau dengari,
Bujukan stan engkau jauhi.

Lanang Beladu Lanang — Gubahan Lagu Asli Pantun Warisan Melayu Brunei

pantun melayu brunei lanang berladu lanang
Pantun Brunei merisik
Wang Lamit berpuntil bata,
Pergi berdudun di malam hari;
Alang-alang berpandang mata,
Baik dilangsung sama sekali.
Pantun Brunei, Berkenalan
Sayang gumilang batang gumilang,
Mari dibawa batang kelupa;
Bukan mencari barang yang hilang,
Kerana lama tidak berjumpa.

Pantun Dondang Sayang Nona Pisang Raja 1920

pantun-dondang-sayang-sakit-sendirian
Pantun Dondang Sayang, Kecewa
Tinggi bukit sikudana,
Sayang chendawan kaki nya lima;
Saya sakit begitu lama,
Satu orang tak datang tanya.
Pantun Dondang Sayang, Kasih Kecewa
Sayang kelaut sekodi mayang,
Naik ke pulau bersenjata;
Baru sekarang serasa sayang,
Tidor di tilam si ayer mata.

Pantun Melayu 20 kerat Nasihat & Tauladan karya Tenas Effendy

pantun-melayu-20-kerat-dakwah-nasihat-tauladan
Pantun Nasihat & Tauladan Melayu Riau
Di dalamnya sarat dengan pengingat,
Mengingatkan kepada semua umat,
Supaya jangan berbuat jahat,
Supaya jangan mendekati maksiat,
Supaya jangan dengki khianat,
Supaya jangan umpat mengumpat,
Supaya jangan cacat mencacat,
Supaya jangan hambat menghambat,
Supaya jangan melupakan akhirat,
Supaya jangan meninggalkan ibadat,
Supaya jangan hasud dan hasad,
Supaya jangan membuangkan adat,
Supaya jangan membuang tabiat,
Supaya jangan membuang sifat,
Supaya jangan membuang rahmat,
Supaya jangan menbuang syariat,
Supaya jangan membuang makrifat,
Supaya jangan membuang martabat,
Supaya manusia hidup selamat,
Sejahtera di dunia, sentosa di akhirat.
Tenas Effendy
Pantun Melayu Riau Nasihat dan Tauladan ini dipetik dari Khazanah Pantun Melayu Riau diterbitkan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada tahun 2007 karya Tenas Effendy.

Koleksi Pantun Melayu Karya Zakaria Hitam (Pak Zek)

pantun kecewa berendam air mata
Pantun kasih kecewa
Tasik linang di bawah bukit,
Nampak dari atas kota;
Bila dikenang hati nan sakit,
Duduk berendam si air mata.
Pantun kasih kecewa
Buah bidara, buah keranji,
Buah kuran, buah berangan;
Hilang di mata, hilang berganti,
Lepas di tangan dikenang jangan.

Berbalas Pantun Sindiran lupa dunia hilang ingatan

pantun melayu seloka sindiran hebat diranjang katilnya patah
Pantun Melayu Jenaka sindiran
Daging sapi dipotong panjang,
masak nasi pake ketan;
laki-laki kalo diranjang,
lupa dunia hilang ingatan.
Pantun sindiran dijual oleh pada Nov 2, 2011.
Pantun Melayu nasihat sindiran
Anak bujang kerasukan syaitan,
Mengintai senja dibalik rotan;
Kalo diranjang lupa ingatan,
Hantar sahaja ke Tg. Rambutan.
Pantun nasihat & sindiran dibeli oleh pada Nov 3, 2011.

Berbalas pantun secara rawak di Twitter, tema Jenaka & Sindiran.

Pantun Melayu — Yang Indah itu Bahasa di Twitter


pantun melayu twitter

Twitter Yang Indah itu Bahasa @PantunMelayu_ kini berwajah baru, Diucapkan terima kasih buat semua twitter-follower dan pengunjung laman ini kerana memberi sokongan.

Berbalas pantun diantara Cahaya Utara & Pantun Melayu

pantun melayu berbalas pantun sindiran merisik tersenyum
Pantun Melayu merisik
Pucuk ubi disayur lemak,
Campur dg salai ikan;
Dinda cantik alahai mak,
Bilakah kami dinikahkan.
Pantun merisik dijual oleh pada Nov 2, 2011.
Pantun Melayu merisik
Kain Batik dibuat hantaran,
Ditepian tasik pembuka langkah;
Dinda cantik jadi ukuran,
Belum dirisik sudah nak menikah.
Pantun merisik dibeli oleh pada Nov 2, 2011.

Berbalas pantun di Twitter, tema Perkahwinan - Merisik.

Pantun Seloka Yang sudah & belum karya al-lavendari

pantun-seloka-sindiran-nikahbelum
Pantun jenaka sindiran
Ke teluk sudah ke Siam sudah,
Ke Makkah saja saya belum;
Berpeluk sudah bercium sudah,
Bernikah saja saya belum.
— Pantun dipetik dari Pantun/Kuntai Melayu Sumatra Timur diterbitkan oleh Departemen Pendidikan dan Kebudayaan. Jakarta: Proyek Penerbitan Buku Sastra Indonesia dan Daerah pada 1985 karya Tengku Haji Muhammad Lah Husny.
Suku kata: 10-9-10-9, Pangkal: ah-um-ah-um, Tengah: ah-ah-ah-ah

Pantun gubahan pembayang klasik berikut adalah sumbangan oleh saudara al-lavendari.

senyum tak boleh
Pantun jenaka sindiran
Ke teluk sudah ke Siam sudah,
Ke Mekah saja saya belum;
Ku timang sudah ku agah sudah,
Tapi bibir senyumnya belum.
Pantun jenaka sindiran
Ke teluk sudah ke Siam sudah,
Ke Mekah saja saya belum;
Motivasi sudah tuisyen pun sudah,
Markah periksa naiknya belum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian (Disclaimer)

Segala penulisan, pantun & gambar yang disiarkan adalah nukilan & buah fikiran penulis sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak berkepentingan. Penulis tidak mempunyai niat untuk memburuk-burukkan mana-mana pihak sama ada yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Sekiranya terdapat kesamaan di mana-mana bahagian blog ini, penulis memohon kemaafan kerana ia tidak disengajakan.

Sekian, terima kasih. Pantun Melayu — Yang Indah itu Bahasa (cc) 2008 - 2013